ssp

Apa Hukum Sijil Simpanan Premium

Baru baru ni aku ada beli SSP @ Sijil Simpanan Premium di BSN . Ada la beli dalam RM50 je setelah ditawarkan oleh seorang pegawai Bank. Dalam perjalanan balik ke rumah aku terfikir dan berfikir hukum dari sisi agama Islam.

Aku terfikir apakah SSP ni seolah olah satu bentuk perjudian?. Maksudnya begini, bila kita beli SSP itu kita akan dapat peluang untuk menerima hadiah melalui cabutan bertuah. Siapa yang bernasib baik sahajalah akan dapat .

Namun ia juga  tidak melibatkan sebarang risiko kehilangan duit. Malah duit kita tetap ada dan di samping itu menggalakan kita untuk menabung. So , aku rasa tak betul juga andaian aku yang pertama tadi tu.

Untuk mencari kepastian kepada satu persoalan, aku pergi la ke website Jakim.. Sebenarnya Majlis Fatwa Kebangsaan telah pun membuat fatwa  tentang fatwa SSP  ni pada tahun 2007.

Ternyatalah Sijil Simpanan Premium adalah harus dari segi syarak. Jadi, aku berasa lega  dan tak timbul lagi keraguan dalam diri. Kata orang bila kita dah ragu ragu dengan sesuatu hukum , kaedah terbaik ialah kita menjauhinya.

Komen

3 thoughts on “Apa Hukum Sijil Simpanan Premium

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *