Cara bayar yuran sekolah

Sekolah aku ni memang standard macam sekolah sekolah lain di Malaysia ni bila proses membuat bayaran yuran semasa di awal tahun.

Mengapa aku kata standard?. Yelah. semasa proses membayar yuran kebiasaannya ibubapa akan pergi ke setiap kelas anaknya. Bayangkan kalau dia anak seramai 3 orang di sekolah tu. Pastilah akan ke 3 buah kelas lah ibubapa tersebut kan?.

Sangat leceh tak?. Sedangkan jika kita ada  pentadbir  yang bersifat inovasi, dia akan memikirkan apakah ada cara lain yang lebih mudah dan cekap. Apa lagi perlunya kita untuk gunakan cara ini lagi. Ia juga membuang masa dan meletihkan ibubapa semasa proses mencari kelas anaknya tambahan pula terpaksa menaiki kelas yang berada di tingkat yang atas.

Sebenarnya pada aku kita juga boleh buat pembayaran yuran keseluruhan kelas di tempat yang sama contohnya seperti himpunkan ibubapa di satu tempat seperti di dewan sekolah ataupun di halaman sekolah(pasang khemah).

Sediakan kaunter untuk bayar yuran. Guru yang menjaga kaunter tak semestinya guru kelas.  Ibubapa cuma perlu beritahu nama  dan  kelas anaknya di kaunter tersebut.

Nama murid dan jumlah bayaran yuran mengikut kelas di tampal di tepi dinding untuk memudahkan ibubapa mengenalpasti anaknya berada di kelas yang mana dan jumlah perlu di bayar.

Untuk memudahkan pihak sekolah mengenalpasti murid yang sudah  membayar yuran, di dalam resit yuran tuliskan  nama murid dan nama kelas.  Contohnya nama Kelas 3 Jaya di tulis seperti 3 J di atas borang,. Bila proses membayar yuran selesai, guru guru bersama sama mengasingkan borang yuran tadi mengikut kelas masing masing dan di serahkan kepada guru kelas berserta duit yang sepatutnya.

Komen
Tags:

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *