Sedikit Kisah di Pedalaman

Semasa berkhidmat  di pedalaman Sarawak dulu aku sering membeli tiket penerbangan Air Asia secara online menggunakan talian internet sekolah.

Pada masa itu , schoolnet adalah talian internet yang digunakan oleh pihak sekolah. Taliannya amat perlahan. Jika melakukan transaksi internet adakalanya ia boleh menyebabkan proses tersebut menjadi ralat.

Pada satu masa, selepas menempah tiket pulang ke Kuala Lumpur untuk cuti penggal transaksi pembelian tiket Air Asia yang aku buat gagal. Aku menghubungi Air Asia

“Encik tak berapa clear sangat la suara encik” boleh cakap clear sikit tak?” .

“Tuan , this is the best coverage i have! saya di pedalaman ni!..nyaring suara aku sambil memegang telefon di dinding.

speed boat tu lah pengangkutan utama aku dulu nak keluar ke bandar
KISAH NAK BELI KERETA
Proses pembelian kereta yang aku beli di semenanjung dibuat hanya menggunakan telefon lekat di dinding. Kebanyakan urusan di Kuala Lumpur diuruskan oleh kakak ipar aku. Aku  hanya terlibat menyediakan dokumen dokumen yang diperlukan.

“Salam encik, slip gaji,salinan IC, Salinan Sah Jawatan boleh tak encik fax  dengan segera” suara ejen kereta menghubungi aku pada suatu petang.

Dengan pantas aku menjawab

kak, nak fax pakai apa? , tiang telefon pun tak ada kat sini, line handphone pun pakai antenna. Nanti jumaat ni saya keluar bandar saya fax..Saya sekarang di pedalaman” Aku jawab dengan bangganya.

Menaiki Feri dari Daro Ke Pulau Bruit
Komen
Tags:
4 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *