Aku dah bosan dengan meeting yang tak perlu sebenarnya..tapi aku terpaksa

Hari ini ,lepas balik sekolah ada meeting lagi. Ini meeting agung untuk Badan Kebajikan Guru. Memilih AJK baru bagi 2011. Dah la minggu lepas aku secara individu ada 4 meeting di sekolah dan PPD termasuk la meeting PIBG yang sampai berjam jam. 
Tapi, serius bagi aku , aku dah makin benci dengan mesyuarat. Biarlah orang lain nak kata apa kat aku. Aku memang bosan dengan benda ni. 
Setakat buat majlis atau aktiviti riang ria melibatkan guru, bagi aku tak perlu nak satu badan formal macam ni. Padahal kalau buat secara ad-hoc saja pun dah ok. Tak perlu nak bentang bentang belanjawan ke apa ke. Tak perlu nak berhujah atau komen apa apa bila tak puas hati. Contohnya kalau kita rasa nak pergi ramai ramai pergi Cameron, kita bincang saja la masa nak pegi tu. Sapa nak pergi je ambik bahagian. Tak mahu pergi tak payah la nak datang meeting.
Pada aku , tak semua perkara perlu nak di buat terlalu formal. Ada kalanya ia cuma memeningkan kepala dan menambahkan kerja. Baik buat sesuatu yang kita ikhlas dan suka, bukan rela paksa kerana nak mengejar markah prestasi tahunan. ARGGGH BOSAN DENGAN MEETING..TAPI AKU TERPAKSA..
Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *