Domain dan Hosting murah

HOSTING DAN DOMAIN MURAH, SERVIS CEPAT DAN PANTAS

Kalau betul betul serius nak berblog memang sesuai la pakai domain dan hosting sendiri. Kalau tak serius dan sesaja suka suka boleh juga. Kalau banyak duit lebih dan saja seronok seronok. Lagipun bila kita dah ada domain dan hosting sendiri banyak perkara yang perlu kita belajar.

 
Siapa yang tak sesuai pakai domain dan hosting?
1. Malas nak serabut serabut termasuk jika berlaku masalah semasa memakai hosting tu nanti.Banyak perkara perlu di fahami.
2. Malas nak guna duit untuk perkara lagha mcam pakai domain.
3. Malas nak belajar guna cpanel, FTP dan nak upload pelbagai plugin untuk mencantikkan blog.Kalau free hosting macam blogspot dan seangkatan dengannya, anda tak perlu semua tu.
Jika anda bukan orang seperti di atas, maka terpulanglah nak pakai domain dan hosting sendiri. Aku pakai domain dan hosting ni kerana nak belajar sesuatu perkara yang baru.
Lagipun menambah ilmu  tak rugi. Kemudian kalau aku buka internet ada la perkara yang boleh aku cari. Kalau tak bosan je. Tak tau nak buka apa.

Ok la tak nak panjangkan cerita, aku nak kongsikan yang jual domain dan hosting yang murah saja. Nama dia NETKL. .  Kalau nak belajar pasang hosting dan domain ini mudah je. Google je. Bersepah teknik dan cara  nak buat.

Ok, kelebihan NETKL ni sejak aku pakai memang bagus dari segi servisnya. Masa aku beli tak sampai beberapa minit dah dapat cpanel aku tu. Kemudian, jika ada masalah diorang ni cepat reply selepas buat aduan. Cuma submit ticket aduan tu je. Tidak sampai seminit mereka akan bertindak. Memang bagus perkhidmatan NETKL ni.

 

Komen
Tags:

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *