perjalanan-motosikal

Inspirasi Kehidupan


Filem White Hogs yang aku tonton semalam telah  memberi aku sebuah inspirasi tentang kehidupan. Terasa aku ingin membuat perjalanan untuk meredakan kebosanan hidup yang statik di Kuala Lumpur ini. Lalu, kotak memori memainkan semula filem kenangan semasa berada di Sarawak dahulu.

Kehidupan di sana sangat berbeza. Aku kerap melakukan perjalanan atas pelbagai tujuan. Adakalanya memang memenatkan tetapi pengalaman itu membuatkan kita dapat mengenal dunia dengan lebih luas serta dapat mengenali pelbagai watak watak manusia. 

Di sini erti persahabatan dibentuk daripada kepayahan kehidupan sewaktu berada di pedalaman. 

Di sana aku belajar mengenali erti persahabatan, mengenal erti kehidupan daripada sudut  yang berbeza. Bukan itu sahaja aku dapat mengenali pelbagai manusia yang berlainan bahasa dan budaya. 

Komen

3 thoughts on “Inspirasi Kehidupan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *