secangkir-teh-pengubat-letih

Apakah buku terakhir yang anda habis baca?

Membaca buku cerita adalah kegemaran yang aku dah lama tinggalkan sejak sekolah menengah. Entah mengapa tak ada keinginan membaca lagi sejak itu.

Dulu setiap minggu dua buah buku aku habis baca. Kadangkala hanya dalam masa 2 hari aku dapat menghabiskan bacaan sebuah buku setebal 200 hingga 300 mukasurat.

Rupa rupanya Malay Dilemma (versi bahasa) tulisan Dr Mahathir (kini Tun)  sepuluh tahun yang lalu semasa aku di UUM adalah bahan bacaan serius  terakhir yang aku baca.

Sejak itu, dunia buku aku tinggalkan perlahan lahan. Semalam , mungkin atas faktor kebetulan aku nekadkan diri untuk kembali mencintai dunia buku dengan membeli sebuah buku untuk di baca.

Secangkir Teh Pengubat Letih hasil tulisan UstazHasrizal(saifulislam.com).

Mengenai pengalaman penulis di  Turki. Cerita mengenai persahabatan, budaya hidup,politik dan dakwah di bumi terakhir Khalifah di olah dengan menarik. Terselit dakwah dan nasihat yang berguna dari pengalaman tersebut.



Komen

3 thoughts on “Apakah buku terakhir yang anda habis baca?

  1. norinaomar

    buku2 ustaz hasrizal memang best yus..olahan dia sangat simple dan sampai ke dalam jiwa..highly recommended!

    aku memang gila buku(bukan novel cinta okey) dan kebetulan tunang aku pun sama..baru2 ni hari guru Intan Zhamieha bagi aku buku tajuk 'Tangisan kerana Allah'..macam tau2 je aku memang gila buku =)

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *