Bila karangan anak murid di upload ke internet

Apa perasaan anda kalau awak punya karangan di upload oleh cikgu awak di internet tiba tiba terbaca oleh anda sendiri pada satu hari kerana di share di facebook?.

Dan selepas itu pula karangan itu di share pula  oleh beribu ribu orang di facebook, di blog dan mendapat ‘like’ yang banyak?.BUKAN KERANA KARANGAN AWAK BAIK TETAPI KARANGAN AWAK SANGAT TERUK DAN  MEMALUKAN. DAN IA SANGAT MENGHIBURKAN KERANA SANGAT LAWAK.MENGALAHKAN LAWAK KUMPULAN JAMBU. MAKLUMLAH AWAK TAK PANDAI MENGARANG LAGI .

Mana  anda nak letak muka, jika kawan baik anda tegur, ‘eh macam aku pernah baca lah karangan ni?. Kawan anda juga cuba bertanya kat awak, dia cakap, eh tulisan ni macam tulisan engko la?. Tapi anda menafikannnya. Walaupun dalam hati, sedih dan sakit hati.

10 tahun kemudian, di internet, ada lagi blogger yang ambil bahan bahan ni sebagai bahan penceritaan. Masa itu anda juga seorang blogger. Anda terbaca di blog kawan blogger anda. Pasti anda sakit hati bukan?.

Kesimpulannya, jika anda cikgu, buatlah tindakan yang wajar. Awak ajar murid murid nilai murni.Tapi awak tak ada nilai murni. Memalukan anak murid di zaman facebook ni bukan tindakan menggambarkan orang berilmu dan bersahsiah. Fikir fikirkan .

Komen

2 thoughts on “Bila karangan anak murid di upload ke internet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *