negatif

Berfikir Negatif itu baik

Berfikir secara negatif ada kebaikan?. Bukankah biasanya berfikir negatif ni membawa keburukan. Tak mendapat hasil apa apa. Membantutkan idea?. Tak menyokong inovasi. Semuanya adalah buruk belaka mengenai berfikir negatif ni. 

Ok, sebenarnya macam ini. Semua benda dalam dunia ni ada kebaikan dan kepentingannya. Contohnya seperti berfikiran negatif. Berfikir negatif ni sebenarnya dapat mengelakkan bahaya,risiko dan kesilapan. 
Contohnya macam ini. Bila kita berfikir negatif, kita akan meramalkan kesulitan, bahaya ,kerugian,kegagalan dan risiko yang akan kita hadapi. Bila macam tu tentu yang positifnya kita akan menyediakan pelan kecemasan. Contohnya orang berfikir negatif  macam ni:
  • Seorang pemuda yang berfikir negatif kalau kalau keretanya rosak bulan hadapan. Dia pun menyediakan simpanan sedikit untuk persediaan. 
  • Seorang pembuat basikal berfikir mengenai basikalnya yang boleh di bawa laju tentu merbahaya. Jadi dia pun memikirkan cara nak meningkatkan kuasa brek basikal tu.
Walaupun berfikir negatif ni ada kebaikan namun tak semua keadaan kita kena berfikir negatif. Kena kurangkan berfikir negatif dan banyakkan berfiikir positif.  
Komen

3 thoughts on “Berfikir Negatif itu baik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *