check-saman1

Cara bayar Saman Online , Check Saman,Renew Lesen dan Roadtax

Dengan kemudahan di internet sebenarnya kita lebih mudah untuk bayar saman online  , Check  saman , membaharui lesen dan cukai jalan(roadtax),  membaharui insuran kenderaan malah membaharui permit amah pun ada.

Semuanya anda boleh buat di portal My EG secara online. Cara bayar saman online yang sebenarnya lebih  mudah dan ringkas berbanding kita pergi sendiri dengan mengharungi kesesakan jalanraya,mencari parking dan terpaksa menunggu giliran pula bila dah sampai.  Apa yang anda perlu buat hanya  klik di laman portal ini sahaja . http://www.myeg.com.my/.  Bukan sahaja boleh bayar saman, anda juga boleh check saman, renew lesen dan renew roadtax dengan cepat.

Bila dah klik dan sampai ke portal tersebut, apa yang perlu anda buat ialah, daftarkan diri anda terlebih dahulu sebagai pengguna.
Cuba lihat gambar di bawah ini.  Don’t have an account? Register… Anda klik  di register  dan daftarkan nama anda,

Bila anda klik register tersebut akan keluar seperti gambar di bawah. Isikan maklumat diri anda secukupnya termasuk alamat email anda. Kalau tak ada email tolong buat email dulu ye. Yahoo mail atau google mail mana mana pun boleh. 
Kemudian, setelah selesai mengisi nama,alamat dan semua maklumat yang di kehendaki dalam borang ini, pastikan juga sebelum itu nama di username itu 6 huruf atau lebih. Contoh macam yusri tak boleh jadi username kerana ada 5 huruf sahaja. Nama boleh di campur antara huruf dan nombor, namun anda perlu ingat username anda ni. Kerana selepas ini anda akan masuk atau login ke dalam portal untuk membuat urusan seterusnya.
Apabila dah selesai isi borang di atas itu, sila tekan submit yang ada di bahagian kanan bawah borang seperti contoh di atas.
Apabila dah submit. Anda akan pergi ke halaman web yang berikut.Lihat gambar di bawah.Ucapan terima kasih kerana anda mendaftar di My Eg. Ok.Lihat langkah dan arahan  seterusnya di bawah .
Cuba anda bawa tetikus (mouse)  anda tu ke tulisan click here tu.Tekan perkataan  click here dengan cermat takut tercabut mouse tu..hehe. Ok kemudian anda akan di bawa ke halaman di bawah  berikut. Apa yang anda perlu buat cuma masukkan username yang anda buat tadi berserta juga dengan passwordnya. Apa dah lupa?. Isy tu lah kan saya kata tadi cuba ingat betul betul.
Setelah anda klik login dan mengambil service menu di bawah bahagian kanan tu, anda akan di bawa ke bahagian berikut.
Ok, sila lah klik mana mana gambar yang ada mengikut keperluan anda. Kalau nak check saman PDRM tekan lah gambar logo Polis itu. Kemudian anda jelajahi sendiri laman tersebut sampai mahir. Kalau tak jelajah sendiri anda tak tahu nanti

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *