Photo02761

Mentarang hanya ada di Sekinchan je ke?

Kalau korang tak tahu apa itu mentarang, atau tak pernah mendengarnya sebelum ini, aku nak bagitahu mentarang ni adalah spesis makanan laut kerang kerangan. Ia bersepupu dengan kerang, remis, lala dan berjiran dan sehabitat dengan spesis akuatik laut yang lain. Dia tinggal di dalam lumpur di tepi pantai.

Di sepanjang jalan arah ke Sungai Besar  banyak gerai menjual Mentarang di tepi jalan. Mentarang ini dikatakan hanya terdapat di pesisiran pantai sekinchan sahaja.

Ini ialah mentarang yang sudah dikupas kulitnya. Sekali imbas seperti rupa pepatung yang dikupas kulit. Macam la aku pernah kupas kulit sesiur tu. haha.

Sebelum dikopek , beginilah paras wajahnya.Harga yang jual di tepi jalan RM 8 sekilo

Memang di sepanjang jalan tu, diorang bukan sahaja jual mentarang
yang mentah, malah ada juga yang jual bakar. Cuma aku tak sempat nak ambil
gambar gerai gerai jual mentarang tu.

Ada banyak resepi mentarang yang boleh dicuba. Antaranya ialah seperti resepi

Mentarang Sambal Cili Padi
Komen

2 thoughts on “Mentarang hanya ada di Sekinchan je ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *