Jom Makan masakan Cina

Aku sebenarnya pertama kali makan di kedai chinese food. Aku cuma nak merasa juga macam mana la rasa masakan cina ni. Nasib la ada kedai makan cina Islam dapat juga nak merasa.  Kedai yang aku pergi makan ni terletak  di Pandan Indah Ampang Selangor. Nama kedai ini ialah Pak Ya Chinese Food.

Masa nak order tu sebenarnya pening jugak nak memilih sebab nama makanan tak pernah di dengar.Yalah pertama kali singgah kan?.  Kebetulan pelayan agak pandai dalam komunikasi dan mencadangkan makanan yang biasa pelanggan pesan.

Akhirnya aku dan isteri memesan siakap masak stim, sayur dan butterprawn. Dari segi kelazatan makanan,  butterprawn je yang dapat memenuhi citarasa aku . Bagi aku jauh lebih enak makanan di kedai tomyam. Dah la agak harga makanan di sini  agak mahal juga. Mungkin sebab Chinese food ni tidak banyak jadinya nampak macam ekslusif.

butterprawn..
kailan oyster

Siakap Tomyam Stim
kedai ada tanglung…
Komen
One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *