Photo0750

Chinese Food: Pak Ya Muslim Chinese Food Ampang

Visual dari dalam kedai Pak Ya Chinese Food Pandan Indah 
Saya dan Yana sebenarnya belum pernah menikmati masakan cina muslim. Dah lama saya berangan angan untuk menikmati masakan cina ini. 

Akhirnya  hasrat itu tertunai. Berdasarkan pencarian di google  sebuah kedai makan Cina Muslim yang diberi nama Pak Ya Chinese Food menjadi sasaran hari itu. 

Pak Ya Chinese Food terletak di  Pandan Indah Ampang Selangor. Simpang masuk ke kedai ini bertentangan dengan  Kompleks Membeli Belah Ampang One Avenue .

Dari jalan masuk ini ke kedai tersebut saya anggarkan tidak sampai 1 km. Ia terletak di bahu jalan sahaja berdekatan dengan pusat perniagaan di situ.

Semasa mahu memesan masakan di kedai  itu saya dan Yana sebenarnya tidak tahu untuk memilih . Nama masakan pun kami tak pernah dengar. 

Akhirnya saya bertanya dengan pelayan untuk bertanya masakan masakan tu. Akhirnya saya meminta pelayan mencadangkan makanan yang popular di kalangan pelanggan.

butterprawn

Akhirnya setelah menerima cadangan tersebut kami memesan Udang butterprawn ,Siakap Tomyam Stim dan Kailan Masak Sos Tiram (Kailan Oyster)

kailan oyster

Siakap Tomyam Stim
Bagaimana  rasa masakan dan harga?


Rasa masakan  buat kami yang pertama kali mencuba masakan cina hanya udang butterprawn sahaja yang menepati selera. 

Namun tak adil untuk memberi penilaian rasa mungkin kerana dah terbiasa dengan masakan thai dan melayu yang biasanya pedas. Namun bagi yang tak pernah mencuba masakan cina tidak salah mencuba.

Untuk harga makanan di kedai ini pula harga adalah munasabah dan berpatutan. Jumlah bayaran keseluruhan RM 50 ++ untuk 3 hidangan tersebut.

Darwisy tak pandai makan lagi…hihihi 

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *