Suami isteri sama tarikh lahir

Ada orang cari pasal suami isteri sama tarikh lahir kat blog aku ni. Ia ada kaitan dengan tampalan aku hari tu tentang kitaorang nak pergi makan sambut harijadi.

Mungkin dia nak cari apa keistimewaan sambutan harijadi yang sama ini. Macam aku sama tarikh lahir tapi tahun tak sama. Kebetulan juga  pak dan mak  mertua pun tarikh lahir selang sehari dan pada bulan yang sama juga dengan kami. Semuanya kebetulan.

Dari segi keistimewaan, mungkin ia sangat jarang berlaku. Namun dari segi sikap dan sifat tak adalah sama semua. Ada sikit sikit je. Macam juga pasangan yang lahir pada bulan lain lain tu. Kebanyakan sikap dan sifat manusia di pengaruhi oleh persekitaran, keluarga ,pendidikan mungkin juga kawan kawan. Banyak lagi lah. Maksudnya tarikh lahir bukanlah faktor utama yang menentukan sikap manusia tu.

Cuma, tarikh lahir sama ni bila masa harijadi masing masing tunggu siapa nak wish dulu. Itulah kelemahannya. Kelebihannya pulak, jimat sebab beli kek sekali je ..hoho….

Komen
6 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *