Tips dan Panduan Pembantu Rumah: Jangan Benarkan Guna Handphone

Ini bulan ke 7 aku menggunakan khidmat pembantu rumah warga Indonesia. Selama kehadirannya, kehidupan keluarga kami  yang sudah ada 2 orang anak ini lebih mudah berbanding dahulu. 
Ada satu kesilapan yang kami telah buat semasa menggaji pembantu rumah ini. Kami membenarkan pembantu rumah menggunakan handphone sesuka hati. Semuanya kerana perasaan kasihan dan berprasangka baik. 
Masalah bermula semasa isteri berpantang di kampung. Kebetulan di sebelah rumah mak mertua ada projek rumah PPRT (kontraktor bapa mertua). Semua pekerja adalah pekerja indon. Pekerja kontrak ini telah menghadiahkan sebuah handphone kepada pembantu rumah ku tanpa aku sedari. 
Cuma aku sendiri yang perasan apabila dia selalu memegang handhone itu yang aku tidak pernah lihat sebelum ini. Bila di tanya berulangkali barulah dia mengaku bahawa telefon itu adalah pemberian pekerja tersebut.
Kali kedua berlaku selepas aku menyuruh dia memulangkan semula handphone tersebut. Rupa rupanya dia masih menyimpan nombor handphone lelaki tersebut dia handphone lamanya. 
Aku telah memarahinya, dan bertindak merampas handphone tersebut. Kata dua aku beri dan akhirnya aku memulangkan handphone dengan bersyarat. Iaitu handphone hanya aku beri pada waktu malam untuk dia menghubungi keluarganya dan selepas itu perlu di pulangkan semula pada malam itu juga.
Kepada semua majikan yang berhasrat ingin mengambil bibik kalau boleh jangan beri langsung handphone. Kalau terpaksa pun boleh beri guna untuk sekejap sahaja.
Komen
One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *