Pengalaman memohon JP Visa



Senarai Semak Permohonan
Pembantu Rumah (JP VISA)

Bil Dokumen (tandakan (/) Jika ada)

1 Borang PRA

2 Borang Permohonan Pas Lawatan – IM.12-Pin.1/97

3 Borang Permohonan Untuk VISA – IM. 38-Pin.1/93

4 Borang Personal Bond yang dimatikan seten RM10.00

5 Perjanjian Pekerjaan oleh PRA yang dimatikan setem RM10.00 (2 set asal & 2 set   salinan)

6 1 salinan IC suami isteri

7 1 salinan paspot pembantu rumah asing – fotostat muka pertama paspot (mukasurat yang ada detail  PRA) dan muka surat yang ada cop imigresen tarikh PRA masuk ke Malaysia.

8 Borang Perakuan daripada Majikan yang tidak menggunakan Agensi berdaftar (permohonan secara individu) – Lampiran C

9 1 salinan penyata KWSP

10 1 salinan slip gaji 3 bulan terkini.

11 1 salinan sijil kelahiran  anak bawah 15 tahun.

12 1 salinan bil utiliti sebagai pengesahan alamat majikan (sekiranya berbeza daripada kad pengenalan).

13 1 salinan sijil perkahwinan.

14 Surat Permohonan (Rayuan) JP VISA


Kalau
JP VISA ini masih terpakai di
Malaysia aku nak kongsikan pengalaman menggunakan maid menggunakan kaedah ini.
Kaedah ambil maid ini sebenarnya lebih murah dan jimat tapi  haruslah banyak urusan yang patut kita selesaikan sendiri. 


Apa Dia JP VISA?


JP Visa atau Journey Performed Visa adalah visa
yang di gunakan untuk bekerja (dalam kes ini sebagai pembantu rumah) setelah tinggal di
Malaysia menggunakan Visa Pelancong 
tetapi kemudian memohon permit untuk bekerja.


Berbeza pula  dengan Calling Visa yang mana kita sebagai majikan buat dokumen di Malaysia terlebih dahulu sebelum pembantu rumah sampai ke negara ni


Bercerita tentang pengalaman
aku sendiri , dengan menggunakan agen terus dari Indonesia aku dapat jimat dalam RM 2k-3 K juga di bandingkan jika guna khidmat agen Malaysia. 


Ada beberapa masalah
yang aku hadapi semasa mula mula mendapatkan khidmat Pembantu Rumah Asing ini.  Antaranya ialah kes di mana Pembantu Rumah Asing (PRA) di tahan oleh
Imigresen semasa tiba di LCCT. Setelah menunggu berjam jam dengan penuh kalut baru aku tahu dia telah di tahan. Terpaksa lah aku telefon imigresen ni bagi tahu PRA tu datang nak
melawat saudara mara. Lama juga lah urusan untuk menyakinkan imigresen tu .

Setakat tu je lah masalah yang aku hadapi. Masalah lain ada cuma berkaitan dengan cara kerja PRA ni. Lain kali kalau ada idea nak menulis tentang hal tu aku tulis di blog ni. 


Sebenarnua aku nak kongsikan pengalaman aku yang dah pakai maid ni guna JP Visa. Ada kawan aku yang nak memohon maid baru baru ni kata kat aku kaedah JP Visa masih boleh di gunakan. Itu yang menyebabkan aku nak menulis pengalaman ini.  Di
bawah entri ni aku ada juga bagi link untuk memudahkan anda semua  download borang borang tu.


Ada 6 langkah;


Langkah 1
Isi
borang borang yang telah di download dan seterusnya di print out seperti di nyatakan di senarai semak di atas. Kemudian cari seorang penjamin untuk tandatangan
pada borang personal bond dan juga seorang saksi pada borang perjanjian pekerjaan (sebenarnya boleh
guna orang yang sama) .Penjamin ini boleh terdiri dari kawan kawan atau saudara
mara.
Langkah 2
Ambil
gambar passport untuk majikan dan PRA untuk di lekatkan dalam borang PRA.
Langkah 3
Sebelum
hantar borang borang ini ke Imigresen, pergi dahulu ke Lembaga Hasil Dalam
Negeri (LHDN) berdekatan untuk matikan setem RM 10
i.             
Perjanjian
Pekerjaan oleh PRA yang dimatikan setem RM10.00 (2 set asal di matikan setem
& 2 set di buat salinan)
ii.            
Borang
Personal Bond  (mati setem RM 10)


Langkah 4.

Tunggu dalam
tempoh 2 minggu hingga sebulan untuk mengetahui keputusan permohonan ini. Nak
dapat keputusan ini aku kena turun sendiri ke Putrajaya sebab telefon Imigresen
lambat di angkat. Di laman web pun tak ada keputusan guna JP Visa ni. Jadi anda cuba lah mana yang sesuai. 

Langkah 5

Bila dah
lulus permohonan tu, langkah seterusnya ialah daftar Fomema yang berharga RM 190.  Bawa surat kebenaran yang di ambil dari Imigresen selepas keputusan di keluarkan. Borang Fomema dari laman web Fomema tu download , print dan isi dengan lengkap. 
Pilih Klinik yang ada buat servis Fomema dan lebih baik berhampiran rumah .Senarai klinik  Fomema mengikut negeri ada dalam web Fomema tu.  Lepas dah hantar borang ke Fomema terdekat  anda dapat satu borang untuk urusan bawa PRA buat medical Check Up.
Tunggu keputusan dalam masa 7 hari lihat dalam online je.

Langkah 6.
Bila dah
lulus , pergi terus ke Imigresen dan buat bayaran tanpa perlu bawa apa apa keputusan Fomema sebab Imigresen sudah dapat keputusan yang di hantar sendiri oleh Fomema. Ini sejarah bayaran yang aku
buat untuk dapatkan PLKS.

i.             
Visa
Entry (JP)     RM 15.00
ii.            
Bayaran
Proses JP    RM 500.00
iii.           
Levi
PLKS                 RM 410.00
iv.          
Per
Baru PLKS     RM 60.00
v.           
Visa
Multiple Entry            RM 15.00
vi.          
Bayaran
Proses PLKS RM 10.00

Total : RM 1010.00
Fomema: RM 190


8-Surat Permohonan JP Visa lihat di bawah

Contoh Surat Permohonan 


Shahir Bin Salim

No 123 Jalan Satu

Taman Indah

7777777 Hulu Klang                                                                                             No Tel: 010-9999999

_________________________________________________________________________________

Ketua Pengarah Imigresen Malaysia
Ibu Pejabat  Jabatan Imigresen Malaysia
Kementerian Dalam Negeri
No.15 Tingkat 1-7 ,(Podium)
Persiaran Perdana, Presint 2
62550 Putrajaya                                                                                         14 Disember 2011


Tuan,
Perkara: Permohonan  JP Visa
Saya dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
2. Adalah saya, Shahir Bin Salim No Kad Pengenalan 123456-09-9999) ingin memohon JP Visa untuk ………………(Nama PRA)  (No Passport Indonesia: 123456
 3. Tujuan permohonan JP Visa ini adalah untuk membolehkan  ……………..(Nama PRA) bekerja sebagai Pembantu Rumah di negara ini untuk menjaga anak anak saya.
4. Sehubungan dengan itu, bersama sama dengan surat permohonan ini saya sertakan dokumen dokumen yang berkaitan seperti yang di senaraikan di dalam Senarai Semak (Lampiran 1) untuk tindakan lanjut pihak tuan.

Sekian, terima kasih.
Yang Benar

(Shahir bin Salim)
No Kad Pengenalan: .123456-09-9999)


Komen

51 thoughts on “Pengalaman memohon JP Visa

  1. Tanpa Nama

    Terima kasih. Maklumat ini amat berguna. Majikan sendiri kena hantar borang dan pergi ke putrajaya atau boleh hantar wakil?

    Reply
  2. Shifa yus

    Terima kasih atas maklumat yg amat bermanfaat. Nk tanya , borang tu semua blh tulis tangan atau perlu ditaip? Mohon jwpn segera sbb maid dh msk n kena proses segera.

    Reply
  3. Tanpa Nama

    salam..nak tnya,
    1. dalam borang permohonan baru, semestinya nama suami dulu atau boleh nama isteri dulu sbb saya cadang nama isteri yang utama…
    2. masa nak serahkan borang permohonan, perlukan suami ikut serta atau cukup hanya isteri?

    terima kasih…aan1512@yahoo.com

    Reply
  4. yusri

    Azrina, tak dapat nak jawab soalan tu..kena bertanya dengan pihak imigresen..cuma seingat sayalah, saya dulu terlebih masa lebih sebulan saya kena renew pas pelancong…kalau ada guna pas pelanconglah..dalam kes azrina ni macam mana?

    Reply
  5. Harris

    Assalamualaikum Tuan,

    1.Nak tanya kalau bahagian yang kita tak berapa nak pasti nak isi apa dalam ruangan yang perlu diisi dalam borang, boleh ke tinggalkan kosong dlu dan isi kemudian di pejabat imi masa nak submit nanti.

    2. Kalau borang yg perlu matikan setem perlu ke isi penuh2 atau boleh matikan setem baru isi.

    Terima kasih.

    Yang Benar,
    Saya yang baru nak belajar..

    Reply
  6. kak ina

    Assalam Yusri. Maid akak dah nak balik 3 mac ni. Agen indon tu kata ada orang nak masuk, tapi dia tak boleh nak buatkan sebab dia terlalu sibuk bawa pelancong (urus maid ni kerja sampingan dia sahaja). So… cam ne akak nak buat? anak-anak akak 6-16 tahun, 5 orang. Tapi kami alahan habuk dan baru 6 bulan lepas jalani operation brain tumor. InsyaAllah getting better. tq

    Reply
  7. Tanpa Nama

    As Salam,

    Ingin bertanya, utk apply JP Visa nie boleh buat di Imigresen Shah Alam ker? Atau mmg kena buat di Putrajaya? Harap dpt membantu…

    Reply
  8. Yusri

    banyak benda yang saya tak berapa berani dan pasti nak jawab, contohnya macam soalan en haris tu berkenaan isi borang masa kat imi..kalau ikutkan masa kita nak buat mati setem tu perjanjian tu dah di buat..dan orang LHDN tengok satu persatu..kalau kosong bukan agreement namanya dan takkan pulak LHDN nak sign?..ni logik akal lah…kalau nak kepastian tanya la sendiri dengan pihak berkenaan

    Reply
  9. Yusri

    kak ina, ikut pengalaman yang saya buat dan baca blog2 lain jugak yang pernah buat JP VIsa ni..saya cuma membantu ,berkongsi pengalaman sekadar yang ada

    Reply
  10. Tanpa Nama

    nak tanya..
    maid tak payah ikut kan untuk proses2 nie.. and saksi tu maksudnya di borang personal bond dan contract of employment tu ke? saksi tu boleh amek kawan2 or family members ke?

    Reply
  11. Tanpa Nama

    Assalamualaikum Yusri,

    Thanks for ur info. Sy dah apply jp visa dekat ibu pejabat imigresen negeri johor. Dah pergi putrajaya on 30th Jan, imigresen dah kluarkan arahan jp visa sekarang dah boleh apply dekat negeri masing2 (sy rasa dekat ibu pejabat setiap negeri je..). rugi duit minyak dan toll pg putrajaya, penginapan lagi…haha tapi takpe bawak anak2 jalan. skrg tgh tunggu jawapan dari imigresen..harap2 lulus. info dlm blog en Yusri sgt berguna dan tepat. kalau en Yusri xkisah, sy nak poskn link lagi 1 blog ada serba sedikit contoh camne nak isi borang tu semua, sekadar nak tlg kawan2 yg perlu. Kalau en Yusri izinkan, sy akan pos link tu..

    Reply
  12. Fuad

    saya ada bekas maid yang mahu kerja semula. Passport masih sah tapi permit kerja sudah tamat. Saya ada beli tiket pergi dan balik utk bekas maid ini melancong ke Malaysia melalui Surabaya dgn harapan saya uruskan permit kerjanya disini. Tp malangnya dia telah terkandas di Juanda Airport di Imigresen awalaupun utk melancong. Boleh bagi panduan apa sebenarnya yang perlu utk lepaskan maid ke Malaysia melalui melancong? Ada dokumen tertentu atau perlu ada jumlah duit tertentu?
    Sekian, terima kasih.

    Reply
  13. yusri

    Encik Fuad, saya maid saya pun pernah terkandas kat airport LCCT 3 jam..Saya telefon imigresen tu berkali kali…akhirnya lepas jugak..tentang dokumen tu tak tahu la ada ke tak..kalau dah datang sebagai pelancong dan ada visa pelancong apa masalh kat imigresen ni..tu yang tak fahamnya..

    Reply
  14. Tanpa Nama

    Salam En,

    Saya nak tahu kalau maid saya tu bawah umur, masih boleh ker apply kaedah ini? baru 19 tahun.. Kalau tak boleh, boleh en recommend kaedah utk selesaikan masalah saya ini?

    Reply
  15. Tanpa Nama

    salam..en yusri,terima kasih dgn info yg diberikan..sangat membantu saya dalam urusan JP Visa ..saya dah hantar borang pemohonan di pjbt imigresen shah alam..skrg ni tgh tunggu jawapan..harap semua berjalan dgn lancar dan baik..maid saya masuk sbgai pelancong,masa sampai di LCCT.. imigresen nak tgk duit RM kite..duit tunjuk..yela dah masuk sebagai pelancong mesti ade duit kan..alhamdulilah semua proses dgn imigresen kite di LCCT xde masalah..

    Reply
  16. Tanpa Nama

    hi,kalau pembantu rumah indo aku dah ambil jp visa kerja kat rumah saya melebihi 3 bulan,ada cara boleh proses permit,berapa kompaunnay?

    Reply
  17. Tanpa Nama

    nak tanya..brdasarkn pngalaman En.Yusri
    1)betul ke kalo wt JP Visa ni permit akan kluar lmbat spai berbulan2 baru dpt permit..smpai setahun pun ada..betul ke???sbb itu yg dikatakn oleh runner/agen dr sesetengah agensi yg sya tnya…

    t.kasih

    Reply
  18. yusri

    Masa saya buat tu sekejp..mungkin di dsbbkn masa tu kebetuln ada ops pmuthn.tp tahun ni mmg lmbt.kwn tmpt krrja saya br dapt kputsn sjk mmohon dis 2012 mac 2013 ni br dpt

    Reply
  19. Tanpa Nama

    Salam..kalau maid dah ada di malaysia atas visa pelancong ada x cara lain untuk permit kerja..atau hanya cara diatas sahaja..saudara ada berita terkini berkenaan JP Visa ni..still wujud ke?

    Reply
  20. Tanpa Nama

    Terima kasih atas jawapan..satu lagi soalan..saya tinggal di utara tanah air..di mana saya perlu apply jp visa ni..ada yg kata kena pegi putrajaya..imigresen negeri x boleh buat..betul ke?

    Reply
  21. Tanpa Nama

    Saya orang Indonesia… Saya ada pertanyaan, kenapa kita ke putrajaya dulu? Bukannya kita harusnya ke FOMEMA dulu untuk medical checkup? Dan setelah itu lampirkan formulir FOMEMA ke dalam JP Visa application?

    Terima kasih ya atas bantuannya.

    Reply
  22. Tanpa Nama

    Saya orang Indonesia… Saya ada pertanyaan, kenapa kita ke putrajaya dulu? Bukannya kita harusnya ke FOMEMA dulu untuk medical checkup? Dan setelah itu lampirkan formulir FOMEMA ke dalam JP Visa application?

    Terima kasih ya atas bantuannya.

    Reply
  23. Tanpa Nama

    Saya dr raub pahang. Boleh tak saya buat jp visa utk maid saya di putrajaya sebab putrajaya lehih dekat berbanding kuantan..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *