Petua Menanam Pokok Buah Buahan

Petua ini aku dapat dari blogger MSO yang juga seorang penulis buku politik di FBnya. Ini adalah petua yang di amalkannya semasa menanam pokok buah buahan.

 

Menurut beliau petua
ini tidak ada hubung kait dari segi saintifik dan tak ada jampi serampah. Petua
ini hanya tertakluk kepada pokok pokok atau tanaman yang menghasilkan buah dibatang
dan julai serta ranting atau pun tanaman yang berisi (ubi) atau berbuah di dalam
tanah sahaja.Petuanya mudah saja, semua tanaman boleh ditanam
pada waktu pagi sebelum mentari naik 40 darjah dan ketika mentari menurun
sehingga 120 darjah waktu petang. Waktu malam pula jangan sesekali menanam apa jua
pokok. Manakala pokok yang berisi didalam tanah elok di tanam pada waktu mentari turun,
manakala pokok yang berbuah di batang dan ranting waktu pagi.

Bagi pokok2 tertentu ada hari yang sesuai dan
tidak. Hari-hari digalakkan menamam pokok ialah pada hari Isnin, Khamis dan Sabtu. Kalau
boleh elakkan hari Ahad, Selesa dan Rabu. Tanaman tertentu bersesuaian mengikut
hari-hari tersebut.

Bagi tanaman yang menggunakan biji benih semasa hendak dimasukkan ke dalam
lubang, muka (wajah) hendak menghadap ke arah Kiblat. Sebelum ditanam dan
ditimbuskan baca bismilah dan selawat ke atas nabi. Ada ayat-ayat tertentu yang
perlu dibaca.

Cara paling afdal semasa memasukkan biji benih ke dalam lubang jangan
mencangkuk, tetapi dengan meletakkan lutut mencecah ke bumi. Sebelum memasukkan
benih lenguk ke atas langit beberapa ketika.

Untuk tanaman berakar rambut dan tunjang yang panjang seperti betik, akar
tunjang hendaklah dipotong separuh daripadanya. Dan mengenai pemotongan akar
ini bergantung kepada jenis tanaman atau pokok. Petua ini tidak termasuk
tanaman komoditi seperti getah, sawit dan gharu.

Ringkasan Petua


1. Semua tanaman boleh ditanam pada waktu pagi sebelum mentari naik 40 darjah dan ketika mentari menurun sehingga 120 darjah waktu petang
2. Tidak boleh menanam pada waktu malam
3.Pokok yang keluar buah di batang dan ranting elok di tanam pada waktu pagi
4. Pokok yang berubi elok di tanam apabila mentari turun(petang)
5.Hari yang di galakkan menanam pokok ialah pada hari Isnin,Khamis dan Sabtu
6. Elakkan hari Ahad, Selasa dan Rabusumber: Msomelayu.blogspot.com

 

Komen

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *