Pengalaman Di Darusshifa’

Darus Shifa Bangi 

Alhamdulillah anak saya Amani sudah sihat dari demam
panas. Satu minggu di wad kanak kanak HKL adalah suatu pengalaman yang membosankan
apatah lagi terpaksa menunggu keputusan ujian darah , ujian air kencing  dan ujian X Ray. 

Baca: Sebab Saya mengambil Takaful Selepas peristiwa ini

Amani keluar wad pada hari ke 7 demam panas dan
doktor mengesahkan hanya demam di sebabkan viral. Malam selepas keluar wad, Amani demam hingga ke pagi.
Demam panas sehingga lebih 39celcius.  Keesokan hari saya dan isteri ke Darusshifa untuk berubat dengan kaedah Islam.


Darusshifa ini terletak di Bandari Baru Bangi. Pada hari itu agak ramai pesakit yang datang untuk berubat. Terdengar juga jeritan dan tangisan yang agak menakutkan dari pesakit. Memang tidak sesuai  membawa anak anak kecil tempat seperti ini.
Semuanya Percuma

Perkara yang memberi inspirasi kepada aku ialah
tentang erti sebenar kejujuran, keihklasan dan kesukarelawanan.

Air mineral, dan barangan lain dipamerkan di luar.Pembeli hanya perlu memasukkan duit ke dalam tabung jika mahu mengambil air
mineral tersebut.

Betapa ikhlasnya perawat perawat di sini membantu pesakit
tanpa meminta sebarang bayaran. Namun orang ramai yang datang juga boleh memberi sumbangan atau sedekah di tabung yang disediakan.

Alhamdulillah Amani selepas menerima rawatan secara Islam telah sembuh dengan Izin Allah. 
Komen

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *