insuran

Keperluan Takaful untuk Keluarga

Saya baru baru ini ada mengambil skim perlindungan insuran untuk keluarga aku. Salah satu sebab yang mencetuskan kesungguhan saya untuk mengambil skim insuran ini adalah kerana beberapa peristiwa yang melibatkan keluarga, saudara mara dan kawan kawan.

Situasi pertama disebabkan anak saya yang kecil tu pernah masuk wad selama seminggu. Andaikata saya semasa tu ada insuran sudah tentu saya  bawa anak  ke wad hospital swasta yang lebih selesa jika nak dibandingkan dengan wad hospital kerajaan yang saya masuk hari tu.

Kemudian kejadian sedih yang menimpa kawan guru saya bulan lepas. Kawan sekerja saya ni telah kehilangan suami selepas suaminya meninggal semasa mendaki Gunung Tahan.

Paling menyedihkan dia ada anak  3 orang yang masih kecil termasuk yang seorang yang sedang dalam kandungan.

Mujurlah suaminya ada perlindungan insuran.  Walaupun sudah tentu tak dapat mengganti nyawa bapanya tetapi dapat juga membantu sekiranya berlaku perkara yang tidak kita ingini. Kalau kita tak ada apa apa untuk menjamin anak anak dan isteri semasa kita telah tiada cuba anda bayangkan kasihannya mereka nanti.

Insuran untuk pendidikan 





Pelaburan untuk Pendidikan 

Aku juga dapat tahu sebenarnya insuran dan takaful juga berfungsi  untuk  membiayai pendidikan anak anak. Pada masa hadapan sudah tentu kos untuk pendidikan akan semakin meningkat.

Anak anak perlukan dana untuk belajar. Memanglah kita ada dana PTPTN tapi sebenarnya ia masih tak cukup apatah lagi dana ini hanyalah satu bentuk hutang yang perlu dibayar semula.

Tamat belajar, belumpun anak kita memperolehi pekerjaan mereka terpaksa pula menanggung beban hutang PTPTN. Kalau boleh kita siapkan mereka dana yang cukup supaya mereka tidak dibebani hutang nanti.

Pelaburan Hari Tua


Ada juga skim insuran yang berperanan sebagai satu bentuk pelaburan masa tua.Apabila sudah tamat tempoh matang, kita dapat mengeluarkan wang kita yang telah digandakan bergantung kepada jumlah peratus yang diberi kepada kita mengikut terma dan syarat perlindungan insuran tersebut.

Itulah sebabnya aku bersungguh sungguh masuk skim insuran ni. Walaupun banyak juga terpaksa dibayar tiap tiap bulan, tapi apabila memikirkan ia adalah satu jaminan aku bertekad je lah… 

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *