gambar-baby-comel

Cara Buat Urutan Bayi yang Mudah

Urutan kepada bayi sangat banyak manfaatnya kepada kesihatan bayi. Malah dengan cara urutan ini memudahkan bayi untuk lena dengan lebih baik. Ada beberapa cara buat urutan bayi dengan mudah. 





1. Kaki
Urut menghala menjauhi jantung
dengan usapan bentuk C.
Urutan bermula di buku lali,
bergerak ke paha dan balik ke buku lali. Bengkok dan luruskan kaki bayi serta
buat pergerakan seperti mengayuh dan lakukannya secara pelahan-lahan. Buat
latihan jari dengan membengkok dan meluruskan setiap jari supaya semua sendi
digerakkan. Tolak sedikit jari ke belakang perlahan-lahan.
2. Perut
Pijatan I LOVE U. Gunakan dua atau
tiga jari, yang membentuk I-L-U daripada arah bayi. Bila dari posisi kita
membentuk I-L-U terbalik.
Urut kiri bayi dari bawah ke atas
(huruf I). Urut melintang dari kanan bayi ke kiri bayi,kemudian turun ke bawah
(huruf L).Urut dari kanan bawah bayi, naik ke kanan atas bayi, melengkung
membentuk U dan turun lagi ke kiri bayi. Semua gerakan berakhir di perut kiri
bayi.

3. Tangan
Ulang proses sama seperti mengurut
kaki.
4. Dada
Urut dengan menggunakan tapak
tangan. Urut ke arah keluar (melintang) dari tengah dada menghala ke atas
sehingga ke bahu dan turun ke tulang rusuk.
5. Muka
Membuat urutan secara bulatan kecil
pada kulit kepala. Urutan ini juga boleh dilakukan ketika mandi dan memakai
syampu. Usap dahi, keliling mata dan kening. Urut pipi dan usap secara
melintang dari tulang pipi ke telinga. Urut secara bulatan di bawah dagu,
keliling telinga dan tengkuk. Urut perlahan-lahan dengan memberi sedikit tekanan.
Cara ini akan membuatkan bayi berasa lebih selesa.
6.
Belakang badan
Anda perlu tiarapkan bayi anda.
Gunakan minyak dan urut belakang badan dari atas tulang belakang hingga ke
pangkal punggung menggunakan kedua-dua tangan. Buat urutan secara bulatan dari
bahu, turun ke badan-punggung, paha dan kaki.

7. Bahu
Urut bahu menggunakan tapak tangan
dan akhiri dengan satu usapan panjang dari bahu ke kaki.
Urutan ini mengambil masa antara 20
hingga 30 minit dan bayi akan lebih tenang serta segar apabila diurut.

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *