Berbaloi ke Beli Smart TV

 

Smart TV sudah banyak dijual di kedai kedai elektrik seluruh negara. Harganya  lebih mahal berbanding TV jenis lain yang ada di pasaran ketika ini. Apabila dikatakan smart tv sudah tentu kita akan membayangkan ciri ciri yang ada pada TV tersebut adalah ciri ciri pintar seperti yang ada pada smart phone atau mungkin lebih daripada itu.

Untuk memudahkan pemahaman tentang smart tv, sebenarnya smart tv hanyalah satu fungsi baharu pada TV yang tidak ada pada TV generasi terdahulu.Dahulu TV di awal kemunculan di Malaysia menerima siaran analog kemudian dengan kemajuan satelit ,Tv satelit berbayar semakin popular dan menggantikan TV analog. Namun ketika itu hingga kini TV hanyalah satu peralatan elektronik yang menyiarkan rancangan televisyen dan alat paparan bagi pemain VCD dan DVD.

Itu dahulu, kemunculan smart tv telah menambah fungsi tersebut. Kemudahan internet berkelajuan tinggi menjadi pemangkin perubahan ini. Smart TV tidak lagi hanya seperti TV biasa seperti sebelum ini.

Smart TV kini boleh disambungkan ke internet dan boleh berfungsi untuk melayari internet, dan menggunakan aplikasi apalikasi baharu seperti facebook,youtube dan pelbagai apps yang turut serta dengan jenama jenama smart tv yang ada ketika ini.

Smart TV mempunyai sambungan terus internet ke TV samada menggunakan wifi terbina dalam (built in) atau ada usb port dongle wifi yang membolehkan TV tersebut menerima internet.

Sebelum berhasrat membeli Smart TV ini yang harganya jauh lebih mahal di bandingkan dengan TV LCD dan LED yang biasa, 2 perkara yang saya ingin terangkan berdasarkan pengalaman mempunyai smart tv.

 

Untuk mendapatkan kepuasan menggunakan aplikasi Smart TV  pengguna memerlukan  talian internet yang stabil dan laju.  Seharusnya talian internet tersebut mempunyai data yang tidak terhad (unlimited) contohnya seperti Unifi yang saya gunakan sekarang kerana smart tv banyak menggunakan data internet.

 

Komen
5 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *