Masalah dakwat Printer Canon MP258 yang tersekat

Aku ada pakai printer Canon MP258 yang sebenarnya jenis yang sama dengan MP250,MP125. Aku tukar kepada kotak Ink Luar (external Ink la). Bila dah sampai 1 tahun ink dah nak habis dan bila lepas isi yang baru  ink pulak tersekat.Sebenarnya ada cara menyelesaikan. Ikut arahan aku di bawah.

1. Klik butang Maintenance sampai keluar huruf Y di display  (yang gambar spanar tu la).

2. Bila Y tu dah muncul Klik la butang Black untuk naikkan dakwat hitam dan Color untuk naikkan dakwat warna. Dalam proses ini tunggu proses ini berjalan sampai keluar no 1 semula. OK. Lain kali ada ilmu baru tentang setup printer ini aku share lagi.

Komen

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *