Sakit Gout Menyerang Lagi

Penyakit gout  berpunca daripada  tahap asid urik yang tinggi dalam darah. Bahan purine dari makanan akan diproses oleh badan menjadi asid urik.

Makanan yang tinggi unsur purine adalah daging merah, organ dalaman seperti hati, limpa, perut, dan makanan laut seperti udang, ketam dan kerang.

Kurang pengambilan air juga boleh menyebabkan gout. Untuk mencegah gout, ubah corak pemakanan dengan mengurangkan pengambilan makanan yg tinggi purine dan juga meningkatkan pengambilan air.

Produk tenusu  seperti susu, keju & dadih juga boleh membantu mengurangkan risiko gout. 

 

 

Komen
2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *