u-mobile-u18

Pengalaman menggunakan UMobile data plan prepaid

Sekarang ni ramai orang dah subscribe data plan untuk telefon pintar kan?. Untuk mereka yang tak mahu terikat dengan komitmen bil bulanan, prepaid adalah alternatifnya. Di antara Internet data plan provider yang popular sekarang adalah UMobile.

Pada mula mula dulu aku pun tak berapa faham konsep data plan ni. Bila dah guna Umobile barulah aku faham kaedahnya.

Empat Pakej , SMS dan Panggilan Percuma
Data Plan Prepaid Umobile ni tawarkan 4 pakej iaitu UMI18, UMI28, UMI38 dan UMI48. Aku subscribe UMI28.

Aku nak terangkan apa yang aku faham tentang data plan Umobile ni. Sebenarnya prepaid tetap di jual RM10 , RM30 dan RM50. Apabila kita subsribe UMI18 tu dan kita reload RM 30..bermakna RM 18 data dan RM 12 panggilan. Begitu juga dengan UMI 28 bila isi RM30 panggilan RM2 dan data RM28. Faham tak?.

Apa yang menariknya, selain 30 SMS percuma, UMobile juga memberi kredit panggilan percuma UMI18 selama 25 minit, UMI28 100 minit, UMI38 200 minit dan UMI48 100 minit.

Apabila dah habis panggilan percuma , barulah kredit yang kita subscribe tu berjalan.Contohnya kalau ambil UMI 28 macam aku kreditnya cuma RM2 sahajalah. Satu lagi perkara menarik tentang data plan ni  ialah panggilan antara Umobile juga percuma!.

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *