Resepi Ikan Tongkol Masak Gulai Kari Mudah

ikan tongkol masak kari

Ikan tongkol atau di pantai timur memanggilnya ikan aye adalah ikan yang mempunyai isi yang padat dan keras. Biasanya ikan ini dimasak  gulai kari ,Masak lemak kuning, Masak sambal pedas, Masak Singgang atau digoreng sahaja. 

Ikan tongkol masak kari adalah antara masakan kegemaran saya. Resepi masakan gulai ikan tongkol ini sangat mudah. Jom kita lihat bagaimana cara memasak masakan ini. 

Bahan Bahan Resepi Ikan Tongkol Masak Gulai Kari


1.  Ikan tongkol  yang telah dipotong kepada 4 bahagian
2. 1 peket kecil santan (250gm)
3. 3 sudu rempah kari ikan yang telah dibancuh dengan air masak.
4.  Lengkuas
5.  Asam Keping
6.  Gula, garam dan ainamoto secukup rasa

Cara Cara Masakan 

  • Rebus ikan tongkol dalam periuk berasingan bersama beberapa keping asam keping.Kemudian toskan ikan tersebut.
  • Tumis sebiji bawang besar,dan 4 ulas bawang putih dan 1/2 biji tomato yang di potong halus sehingga layu.
  • Tumis bancuhan kari dan letakkan 4-5 helai daun kari  sehingga pecah minyak kemudian masukkan 500ml air.
  • Masukkan seinci lengkuas yang telah dititik.
  • Masukkan  1 sudu asam jawa adabi
  • Masukkan santan
  • Masukkan ketulan ikan tongkol yang telah ditos 
  • Masak ikan dan campuran bahan bahan tadi di atas api yang kecil.
  • Masukkan gula,garam dan serbuk perasa secukup rasa, 
  • Akhir sekali tutup api setelah dimasak dengan api yang kecil anggaran masa 15-20 minit
Komen
Tags:

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *