2013-10-05-10.57.20

Resepi Pajeri Terung

Hari ini isteri saya berhasrat memasak Pajeri Terung. Menggunakan resepi internet sahaja.  

Bahan-Bahan:

  • 1 biji terung panjang saiz sederhana 
  • 2 sudu besar minyak
  • 1 cawan dari 1 paket santan pekat kecil 
  • 3 sudu besar rempah kari daging (bancuh dgn air suam bersama gula)
  • 2 sudu besar kerisik
  • Rempah tumis (kulit kayu manis,bunga lawang dan buah pelaga)

Bahan untuk dikisar halus:

  • 3 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 cm halia
  • 1 sudu besar udang kering

Cara Memasak 

  1. Potong terung belah dua  memanjang kemudian potong bahagi 2
  2. Panaskan minyak di dalam dan tumis bahan kisar bersama rempah tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan rempah kari tadi sehingga pecah minyak. 
  3. Masukkan terung, kacau beberapa ketika. Masukkan santan pekat dan kerisik. Masak sehingga kuah menjadi pekat.Perasakan dengan garam dan rasa gula secukup rasa.
  4. Masakan pajeri ini agak manis jadi lebihkan sedikit gula yer.. 

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *