Jom amalkan Sunnah dalam aspek kesihatan

Asalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh. Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam. Selawat
dan Salam ke atas Rasul kita Nabi Muhammad S.A.W. 
Setelah
wafatnya baginda Rasullulah ,baginda telah meninggalkan sunnah (cara hidup)
untuk diikuti oleh umatnya.Jika kita mengamalkan sunnah terdapat ganjaran
pahala malah terdapat banyak manfaat manfaat di sebalik sunnah tersebut. 
Dari
Wikipedia
Sunnah
bererti “cara” atau “kebiasaan”, dan dengan itu, sunnah nabi bererti “cara
nabi”, atau apa yang biasa dikenali sebagai kebiasaan Rasul. Secara
bahasa, As Sunnah adalah “ath-thariqah” yang bererti perkaedahan, kebiasaan,
perjalanan hidup, atau perilaku,
baik yang terpuji mahupun yang tercela. “Kata sunnah berserta segala
kelainannya disebutkan berulang-ulang dalam hadis,
yang erti asalnya ialah ‘perjalanan hidup’ dan ‘perilaku’.”
Dalam
istilah Sunah Waljamaah, menurut
para ahli hadis, Sunnah adalah segala sesuatu yang diriwayatkan oleh Rasulullah
SAW yang merupakan perkataan, perbuatan, ketetapanperibadiakhlak,
mahupun perilaku, baik sebelum mahupun sesudah dilantik menjadi Rasul.*
Dalam hal ini, pengertian Sunnah menurut mereka adalah sama dengan hadis
(Mushtafa as-Sibai, “As Sunnah wa Makanatuha Fit-Tasyri’il Islami”).
Sunnah ini disampaikan melalui persetujuan para sahabat Rasul. *

Sunnah Nabi dalam Kesihatan,Perubatan dan Pemakanan

Di antara sunnah nabi adalah dalam aspek perubatan dan pemakanan. Jika ditanya
kepada kita sebagai orang Islam rasanya sudah ramai yang tahu makanan dan
perubatan sunnah tersebut.

Namun apakah semua di kalangan kita mengamalkanya sebagai cara hidup kita?. Aku
sendiri pun selama ini tahu jugalah sedikit tapi tak tergerak hati untuk
mengamalkannya.

Namun sekarang dengan hidayah Allah , tergerak hati untuk mengamalkannya kerana
percaya sunah adalah  dari Wahyu Allah dan kita perlu kita percaya dan
amalkan sebagai orang Islam.

Makanan dan perubatan sunnah ini adalah amalan Rasullulah yang diwahyukan oleh
Allah samada melalui ayat Al Quran atau hadis.

Apabila ia datang dari Allah sudah tentu ia adalah yang paling berkesan dan
mujarab. Bukan sahaja baik untuk kesihatan dan dapat menyembuh penyakit kita
juga dapat pahala kerana mengikut Sunnah.

Ada beberapa makanan dan perubatan yang ada dalam Al Quran dan Hadis yang
menjadi sunah Rasullulah. Makanan yang baik untuk kesihatan dan boleh pula
menyembuh pelbagai penyakit adalah seperti berikut.

1. Minyak Zaitun

3. Madu
    ( Surah An=Nahl, ayat 68 dan ayat 69)

4.
Habbatussauda (Biji Jintan Hitam)
    (Shahih Al Bukhari
Bil 7 ,buku 71 ,Nombor Hadis 592)

5. Perubatan melalui Bekam
( Shahih Al Bukhari-Bil 7 , Buku 71 , Nombor Hadis 587)
Bekam-kesihatan
AMALAN BEKAM BAIK UNTUK KESIHATAN
Komen
Tags:

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *