Resepi Sup Tulang ala Kedai Tomyam

Semalam saya telah menyiapkan hidangan sup tulang untuk hidangan berbuka puasa keluarga. Resepi ini adalah resepi daripada internet dan diolah semula dengan cara saya.

Langkah pertama sebelum memasak saya rebus dahulu tulang tersebut sehingga empuk anggaran satu ke dua jam. Kalau ada periuk tekanan (pressure cooker) lagi cepat.  Bila dah empuk ketepikan. Gunakan periuk lain. Rebusan tadi untuk dibuat kuah dan stok masakan ini.

Penyediaan bahan masakan resepi sup tulang ala kedai tomyam.

Bahan Tumis
1 labu bawang besar (dihiris)
1 btg kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 ulas bawang putih (diketuk)

Bahan Bahan Lain
1inci halia diketuk
1 inci lengkuas (diketuk)
1 btg saderi (dipotong)
1 sudu kecil asam jawa
5 -6 biji cili padi (diketuk)
1 paket kiub daging sapi (masako)
3 sudu kecil serbuk sup adabi
Bawang goreng
Daun sup

Langkah Memasak
·        Tumiskan bahan tumis hingga bawang layu

·        Masukkan 5-6 senduk air rebusan tulang bersama tulang.

·        Masukkan 1 sudu kecil asam jawa adabi

Masukkan serbuk sup adabi jangan terlalu cair atau terlalu pekat.

·        Kemudian masukkan serbuk kiub daging(Saya menggunakan serbuk kiub daging Masako) (jenama Ajinamoto) lengkuas,halia,cili padi,batang saderi.

·        Rasakan garam dan gula. 
      Semasa masukkan kiub tadi dah masakan sudah rasa masin tetapi kalau perlu sekiranya tekak masih rasa hambar, tambahkan  sedikit sahaja garam .
·      
              Kemudian tambahkan sedikit gula untuk memberi  rasa seimbang masam pedas tu.
·        Jika dah menggelegak matikan api. Potong 1/2 biji buah tomato kemudian masukkan ke dalam sup tulang tadi.
      Akhir sekali perahkan 1/2 biji asam limau nipis.taburkan daun sup,taburkn sikit bawang goreng.


Komen
Tags:

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *