mentarang

Singgah makan di warung mentarang bakar Sekinchan

Akhirnya hasrat hati mahu merasai keenakan mentarang bakar tercapai semasa pulang ke kampung cuti sekolah bulan Jun lepas. Walaupun Sekinchan adalah kampung halaman saya tetapi sebenarnya itulah kali pertama saya merasa mentarang bakar.
Kami singgah di salah satu warung menjual mentarang yang terdapat di pinggir jalan di antara Sekinchan ke Sungai Besar. Layanan yang diberi  oleh tuan punya warung sangat baik. Berkali kali dia meminta maaf kerana kelewatan menyiapkan mentarang bakar tersebut.
Selain daripada menu mentarang bakar di kedai tersebut juga ada menyediakan menu menu lain seperti mentarang goreng tepung, mee goreng, nasi goreng mentarang. Selain memesan mentarang bakar kami juga memesan Mee goreng dan mentarangcelup tepung
Harga mentarang goreng tepung dan mentarang bakar ini dikira
berdasarkan harga sekilo iaitu RM18.00.
Harga mentarang goreng tepung dan mentarang bakar ini dikira berdasarkan harga sekilo iaitu RM18.00. Jadi janganlah terkejut bil makan yang kami bayar di warung tersebut hampir mencecah RM 50.
Antara menu yang terdapat di warung ini
1.     Mentarang Bakar
2.     Mentarang Celup Tepung
3.     Nasi Goreng Mentarang
4.     Masakan Ala Carte
Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *