merawat-anak-demam-panas

Pengalaman saya merawat anak demam panas

cara-rawat-anak-demam
Anak Saya si Darwisy macam ini lah..tak mahu makan ubat..

 

Anak saya Darwisy kerap mendapat demam panas. Sejak tahun 2014
Darwisy dah kena demam denggi,demam influenza A(2kali) dan demam tonsil. Dua
tahun ini sahaja 3 kali kami bermukim di hospital.  Semua penyakit penyakit yang saya
sebutkan di atas itu dimulai dengan gejala demam panas.

Apa itu Demam Panas?

Mengikut bahan bacaan dari internet dan surat khabar yang saya baca yang mana
maklumat tersebut diambil dari doktor, apa yang dimaksudkan dengan demam panas
ialah satu gejala atau tanda badan kita sedang melawan jangkitan kuman atau
bakteria.

MAKSUDNYA DEMAM ITU BUKAN SEJENIS PENYAKIT..DEMAM ADALAH GEJALA ATAU TANDA
BADAN KITA MENDAPAT JANGKITAN KUMAN ATAU BAKTERIA .

Demam panas akan berlaku jika badan kita menghadapi jangkitan
kuman atau penyakit-penyakit lain yang berinteraksi dengan sistem ketahanan
badan.
Suhu badan manusia yang normal adalah 370Celcius (980F).
Demam biasa pula bermakna suhu kita meningkat lebih daripada 370C tetapi
tidak pula melebihi 380C. Demam biasa ini selalunya akan pulih dalam masa 2-3
hari sahaja.
Demam panas pula terjadi apabila suhu melebihi 380C dan berlarutan
lebih lama – yang
selalunya disertai simptom-simptom lain seperti batuk dan selesema.

‘Viral infection’ atau
jangkitan kuman satu istilah dalam perubatan bermaksud jangkitan yang
disebabkan oleh virus. Terdapat banyak jenis virus yang boleh dijangkiti. Virus
ini selalunya menyebabkan demam yang kadangkala tidak terlalu tinggi tetapi
boleh juga menyebabkan demam panas dengan suhu mencecah lebih 380C.Walaubagaimanapun,
demam virus ini selalunya boleh hilang dalam tempoh dua hingga tiga hari.’
’Kanak Kanak Memang Kerap Demam

Demam sememangnya kerap berlaku di kalangan kanak-kanak. Kebanyakan demam yang
mereka alami tidak memudaratkan dan akan pulih hanya dengan diberi ubat demam
sekali dua sahaja.

Namun begitu, ia juga bergantung kepada penyebab demam tersebut.
Contohnya, jika demam itu disebabkan oleh jangkitan kuman pada bahagian otak,
sudah tentu kanak-kanak itu menghadapi risiko kerosakan otak (meningitis),
sekiranya jangkitan itu serius.

Begitu juga jika demam tersebut disebabkan oleh jangkitan kuman di
bahagian paru-paru (pneumonia), kanak-kanak tersebut mungkin mengalami masalah
pernafasan.

Jangkitan virus juga boleh menyebabkan campak, cacar air dan
denggi. Bagaimanapun ada juga demam yang bukan disebabkan jangkitan kuman
seperti leukimia atau SLE.

Kanak Kanak berisiko mengalami serangan sawan ketika demam .

Lebih kurang 30 peratus kanak-kanak berusia tiga bulan hingga enam
tahun ke bawah berisiko mendapat sawan demam. Sawan demam mungkin berlaku
ketika suhu sedang naik ataupun sedang menurun. Anak saya pernah meracau
sahajalah semasa demam walaupun masa tu suhu badannya sedang menurun.

“Sawan demam mungkin boleh berulang setiap kali kanak-kanak
itu demam. Walau bagaimanapun, prognosis sawan demam ini sangat baik dan tidak
memberikan kesan di kemudian hari.

Kanak-kanak di bawah umur lima tahun mudah dijangkiti demam, batuk
dan selesema. Lebih-lebih lagi mereka yang telah ke sekolah atau ditempatkan di
taska mahupun pusat penjagaan kanak-kanak.

Kebanyakan daripada mereka tidak mempunyai antibodi atau daya
ketahanan badan yang kuat untuk melawan jangkitan penyakit.

Apabila mereka bergaul dengan kanak-kanak lain yang mungkin
mengalami batuk, selesema dan demam, mereka juga lebih mudah dijangkiti penyakit
yang sama seperti rakan-rakan mereka yang lain.’’

Demam selalunya disebabkan jangkitan kuman sama ada virus atau
bakteria. Demam yang tidak disertai batuk dan selesema selalunya sembuh dalam
masa dua, tiga hari dan jarang menjangkiti orang lain.

Sekiranya demam yang disertai batuk dan selesema, ini bermakna ia
lebih mudah menjangkiti orang lain kerana kuman selalunya tersebar melalui
titisan cecair dari hingus dan air liur.

Sekiranya tidak sihat dan sentiasa terbatuk-batuk atau terbersin,
ia akan menyebarkan kuman kepada sesiapa sahaja yang berada di persekitaran
yang sama.

Apa yang perlu dibuat semasa anak mengalami demam Panas -Ini
Pengalaman saya

1. Pastikan suhu badan anak tidak terlalu tinggi – oleh itu
pastikan ada termometer (jangka suhu) di rumah.Boleh beli jangka suhu ketiak
atau telinga. Mengikut pengalaman isteri saya yang berkerja sebagai jururawat
termometer ketiak adalah termometer yang paling tepat bacaan suhunya.
Persoalannya kenapa ada doktor yang lebih suka guna termometer dahi atau
telinga?. Mungkin lebih cepat untuk memeriksa ramai pesakit dan mudah
berbanding nak guna termometer yang saya sebut tu.Ini logik akal saya sahaja.

2. Beri ubat demam mengikut arahan doktor atau berdasarkan
preskripsi ubat setiap 4 hingga 6 jam.

3. Jika suhu masih tinggi walaupun baru diberi ubat, hendaklah
diturunkan suhunya dengan mengelapkan tuala muka basah ke seluruh badan
sehingga suhu badannya menurun. Boleh juga guna petua seperti melumur air asam
jawa, air rendaman bunga raya. Banyak lagi petua. Dua cara ini memang saya
pernah guna untuk mengurangkan panas badan Darwisy semasa demam.

4. Apabila suhu badan tinggi, anak-anak tidak perlu dipakaikan
baju tebal atau diselimut tebal. Tindakan ini akan menambah suhu badan dan
seterusnya meninggikan lagi risiko untuk mendapat sawan demam.

5. Penggunaan ubat melalui dubur (Supp Paracetamol) adalah kaedah
lain selain melalui ubat makan sekiranya demam terlalu tinggi walaupun telah
diberi ubat makan 4-6 jam yang lepas. Cara ini yang kami lakukan kerana Darwisy
tak mahu makan ubat dan keadaan badan yang terlalu panas -biasanya ubat makan
lambat bertindak berbanding ubat melalui dubur.

6. Pastikan anak diberi minum banyak air atau susu. Berikan
makanan lembut seperti bubur untuk menambahkan tenaga. Bawa anak-anak berjumpa
doktor jika mereka masih demam walaupun sudah diberi ubat demam secara tetap
selama dua, tiga hari.

7. Suhu badan manusia secara semula jadi adalah lebih
tinggi pada waktu petang dan malam. Di waktu siang, kanak-kanak mungkin masih
aktif bermain menyebabkan mereka berpeluh sedikit dan menurunkan suhu badan.

8. Cara memberi ubat makan samada boleh diberi dengan sudu
atau picagari. Si Darwisy pernah juga ibunya campurkan ubat ke dalam susu
kerana si Darwisy memang agak susah untuk minum ubat.

8. Sedikit paksaan mungkin diperlukan jika mereka susah makan
ubat. Cara ini memang saya lakukan kerana terpaksa kerana perangai Darwsiy yang
agak susah makan ubat demam.
9.Perubatan Islam seperti di Darul Shifa juga adalah ikhtiar yang
boleh diamalkan. Baca pengalaman saya merawat anak sakit di
Darul Shifa

Itulah serba sedikit pengalaman dan tips semasa saya merawat anak
demam panas. Sekiranya ada tips tips lain boleh dikongsikan di ruang komen ye.
Info info lain tu bukan saya reka reka sendiri semuanya melalui rujukan artikel
doktor di internet. Kalau tak salah saya saya ambil dari utusan online. Harap
dapat membantu ibubapa terutamanya di kalangan ibubapa muda.

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *