Tempat Makan Best di Pulau Pinang : Nasi Kandar Kampung Melayu

Senarai masakan dan harga yang dijual di kedai ini
Sewaktu ke Pulau Pinang hujung tahun lepas saya mencari tempat makan yang menarik di Pulau Pinang berdasarkan carian google. Saya menjumpai beberapa tempat yang dikatakan sedap makanannya. 
Ketika kami datang, restoran ini hampir ditutup,
Tidak banyak lagi lauk yang ada banyak yang dah habis.
Kedai makan ini ditutup pada jam 12.00 tengahari.
Rupa rupanya kedai telah  dibuka seawal pagi
Di antaranya ialah kedai makan Nasi Kandar Kampung Melayu di  Flat Kampung Melayu Air Itam. Kedai makan ini terletak di bahagian bawah rumah flat di kawasan tersebut. 
Nasi putih lauk kari daging ini dengan limpahan kuah kari
di atas nasi membuatkan perut terasa bertambah lapar
Sewaktu kami tiba ,kedai sebenarnya hampir ditutup kerana waktu operasi bermula seawal 7 pagi dan berakhir 12 tengahari. Lauk pauk pun sudah tinggal sedikit sahaja. Rasa nasi kandar di kedai ini agak menyelerakan dengan rasa kari yang pekat dan cukup rasa. 
Yana sedang melayan Amani yang teringin juga
nak makan nasi kandar
Komen

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *