akademi-bolasepak1.jpg

Idea saya tentang sukan di Malaysia

Kekalahan 10-0
skuad negara dibawah kendalian jurulatih Dollah Salleh amat memalukan negara.Pelbagai
komentar di media massa dilontarkan.Bermula daripada aspek kejurulatihan,pemain
dan pengurusan semuanya disentuh oleh netizen.

Malah ada juga pihak yang turut menegur pembangunan sukan sukan lain yang masih
tidak membanggakan. Pembangunan peringkat akar umbi negara juga dilihat masih
banyak yang perlu diperbaiki.
Perlu diakui
sekolah sukan tidak mampu menampung keperluan pembangunan sukan di peringkat
akar umbi terutamanya pencarian bakat daripada kampung dan kawasan
pedalaman. 
Pembangunan
sukan seharusnya mampu mencungkil bakat bermula daripada sekolah rendah. Ini
kerana sekolah rendah berada di mana mana termasuklah di kawasan
pedalaman. 

Masalah utama di kebanyakan sekolah ialah guru guru yang mengajar pendidikan
Jasmani (PJ) bukan semuanya adalah guru opsyen mata pelajaran tersebut. 
Cadangan saya
agar KPM dapat mewujudkan jawatan jurulatih sukan sekolah di peringkat sekolah
rendah dan menengah. Jawatan ini boleh dilantik daripada kalangan bekas bekas
atlit,pemain bolasepak yang bersara dan graduan dalam bidang sains sukan
daripada institusi pendidikan.
Daripada skop
kerja jurulatih ini menjadi ketua jurulatih sekolah dan juga melatih guru guru
di sekolah dalam bidang bidang kejurulatihan. Buat permulaan jawatan ini
diwujudkan di sekolah yang enrolmen murid lebih daripada 1000. Buatlah ia
secara berperingkat peringkat sebelum jawatan ini diisi di semua sekolah.

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *