Cara melupuskan Buku Agama dan cebisan Al-Quran yang betul

Cara melupuskan buku agama dan Al Quran
      Apakah kaedah terbaik untuk lupuskan bahan buku agama dan
cebisan Al-Quran?

 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-30 yang bersidang pada Ogos 1992 telah memutuskan bahawa:

 i) Al-Quran yang rosak, koyak, yang tidak lagi boleh dibaca dan yang bukan rasm Uthmani hendaklah dilupuskan.
ii) Kaedah pelupusan ialah dibakar dan ditanam di tempat yang terkawal.
iii) Kerja-kerja pelupusan hendaklah dipertanggungjawabkan kepada Urus Setia atau Majlis dan Jabatan Agama Islam Negeri-negeri. Ia dilakukan dengan cara tersembunyi demi mengelakkan salahfaham orang ramai.
Bahan buangan atau lebihan yang mengandungi huruf atau ayat-ayat suci al-Quran hendaklah dilupuskan secara berasingan daripada bahan-bahan lain serta dilarang menggunakannya semula bagi apa-apa tujuan sekalipun.

Kaedah pelupusan Al Quran yang betul
Secara pembakaran atau ditanam. Al-Quran yang rosak, koyak, yang tidak boleh dibaca dan yang bukan rasm Uthmani hendaklah dilupuskan. Kaedah pelupusan adalah dibakar di tempat yang dikawal dan ditanam di tempat yang dikawal.
Cara pembakaran adalah seperti berikut:
1.Bahan yang mengandungi ayat-ayat al-Quran yang dibakar hendaklah menyeluruh tanpa tertinggal mana-mana bahagian yang tidak terbakar.
 2.Bahan-bahan atau debu yang mengandungi ayat-ayat suci al-Quran yang telah dibakar hendaklah dipastikan dikumpul supaya tidak ditiup angin atau bersepah-sepah.
 3.Bahan yang telah dibakar hendaklah ditanam di tempat yang bersih atau tempat yang tidak dilalui orang atau dibuang ke dalam laut atau sungai yang mengalir airnya.
4. Kerja-kerja pembakaran hendaklah dikawalselia oleh pegawai Kementerian Dalam Negeri ( KDN ) atau Jabatan Agama Islam Negeri atau pihak yang mahu melupuskan bahan-bahan tersebut. Termasuk juga dalam garis panduan ini ialah hadis-hadis nabi dan doa-doa yang mengandungi gabungan ayat-ayat suci al-Quran atau nama-nama Allah di dalamnya.
Cara dan Syarat Pelupusan Buku Teks Pendidikan Islam
Kitar semula ( recycle ) adalah diharuskan dengan syarat-syarat berikut
Kerja-kerja pengkitaran semula buku-buku teks Pendidikan Islam seelok-eloknya dilakukan oleh syarikat yang dimiliki oleh orang Islam.
Pekerja yang terlibat dalam proses pengkitaran semula hendaklah terdiri daripada orang Islam.
Kertas dan buku teks Pendidikan Islam yang dikitar semula hendaklah tidak digunakan untuk membuat bahan-bahan yang tidak sesuai seperti kertas tandas dan sebagainya.
Bahan-bahan kimia yang digunakan dalam proses pengkitaran semula hendaklah tidak mengandungi bahan najis.
Itulah maklumat yang saya perolehi dari laman web Jawi yang saya tulis semula di blog ini. Semoga dengan penerangan terperinci ini memudahkan pemahaman orang ramai tentang cara cara melupuskan buku agama dan cebisan Al-Quran dengan betul.
Komen

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *