Cara mengeluarkan duit KWSP untuk taraf berpencen

logo-kwsp

Teringat semula  kenangan semasa mengeluarkan duit KWSP suatu ketika dulu.  Kali ini aku nak berkongsi pengalaman bagaimana cara pengeluaran duit KWSP untuk kakitangan kerajaan yang bertukar ke skim pencen.
Cara cara dan kaedah pengeluaran seperti di bawah. 
1. Selepas mendapat surat pengesahan jawatan yang biasanya selepas 2 tahun perkhidmatan. Pengesahan jawatan diterima selepas mendapat surat pengesahan pelantikan yang biasanya tarikhnya sama dengan tarikh kita mula berkhidmat. 
2. Pemberian Taraf Berpencen  (PTB) diberi dalam tempoh satu bulan dari tarikh perkhidmatan kita sebagai kakitangan awam iaitu genap 3 tahun. 
3. Dalam tempoh menunggu perkhidmatan kita genap 3 tahun itu, caruman akan terus dibuat di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). 
4. Sebaik sahaja memperolehi pemberian taraf berpencen dari Suruhanjaya Perkhidmatan awam atau Suruhanya Perkhidmatan Pendidikan bagi guru ,boleh ke Pejabat KWSP terdekat untuk mengisi borang Pengeluaran pekerja berpencen.
5. Duit akan dimasukkan ke dalam akaun atau lain lain cara yang kita mohon dalam borang. Dalam masa 7 hari dari tarikh permohonan pengeluaran duit akan dimasukkan.
6. Selepas 2 minggu duit dimasukkan ke dalam akaun,pihak KWSP akan  menghantar penyata pelepasan caruman kerajaan. 
Kemaskini Ogos

Komen

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *