Pemandangan Teluk Kemang

Port Dickson Tempat Percutian Menarik untuk dikunjungi

Port Dickson sebuah tempat percutian yang menarik. Oleh kerana kedudukannya yang tidak terlalu jauh dengan Lembah Klang , ia kerap dilawati dan amat popular sebagai salah sebuah tempat pelancongan di Malaysia.
Perjalanan dari ibu negara mengambil masa 1  jam 30  minit  dengan kadar kelajuan sederhana. Menggunakan Lebuhraya Utara Selatan yang bersambung ke Lebuhraya Port Dickson ternyata sangatlah mudah untuk ke sini.
 Galeri Tempat Menarik di Port Dickson
Sebagai sebuah bandar yang telah diisytihar sebagai bandar tentera darat, Port Dickson mempunyai sebuah kem dan pusat latihan tentera darat.
Apa yang menarik di Port Dickson ialah terdapatnya sebuah Muzium Tentera Darat untuk dikunjungi secara percuma.Pengunjung boleh bergambar bersama kereta kebal dan kenderaan perang seperti kereta kebal dan  jet pejuang yang terletak di halaman muzium.
Di dalam muzium tentera darat ini pula  terdapat galeri sejarah negara bermula dari Kesultanan Melayu Melaka sehinggalah ke zaman penjajahan Jepun.

Selepas keluar dari kawasan pameran terdapat sebuah kawasan rekreasi di kawasan luar muzium ini.Ada sebuah jambatan gantung yang boleh kita seberangi.Walau tidaklah begitu mencabar dengan kadar ketinggiannya yang hanya 2-3 kaki dari tanah. Namun bagi mereka yang gayat ia sudah cukup menggerunkan.

Keindahan Pantai di Port Dickson Tarikan Utama Pelancong.
 
pantai-teluk-kemang
Suasana Pantai Teluk Kemang
pada waktu petang
salah satu tempat menarik
di Port Dickson yang perlu dilawati.
 
Sudah tentulah apabila ke Port Dickson tempat tumpuan utama adalah pantai.Banyak kawasan pantai yang boleh dilawati seperti Pantai Teluk Kemang dan Pantai Batu 6.
Bagi pelancong yang menetap di hotel dan resort, kedudukan pantai di belakang hotel amat memudahkan untuk mandi manda. Banyak aktiviti seperti menaiki jet ski dan bermain permainan air seperti menaiki banana boat boleh dicuba.
Ada juga pengusaha menawarkan sewaan motor pantai.Sekiranya berminat untuk berkelah dan tidak membawa khemah ada pengusaha yang menyewakan khemah yang boleh terus digunakan.
gerai-jualan-pantai-batu 6
Gerai jualan
Gerai gerai jualan yang terdapat di Port Dickson terutamanya di Pantai Teluk Kemang memudahkan kita untuk membeli pelbagai cenderahati seperti cenderahati magnet, baju T-shirt,pelampung dan sebagainya.

Selain tempat yang saya sebutkan itu, untuk pengetahuan terdapat beberapa tempat lagi yang perlu dikunjungi untuk melengkapkan percutian di Port Dickson.

Ostrich Farm – Ladang Burung Unta di Port Dickson menarik untuk dilawati

Ostrich Farm-Port Dickson
Memberi makan burung Unta di Ostrich Farm  tarikan
terbaharu di Port Dickson

Ostrich Farm merupakan salah sebuah tempat menarik di Port Dickson. Tempat menarik ini terletak berhadapan Politeknik Port Dickson.Kedudukannya hanya 3-4 KM dari Pantai Teluk Kemang.Sekiranya membawa kanak kanak tempat ini jangan lupa dilawati.Sudah tentu ia menyeronokkan untuk mereka.

Pengunjung yang datang ke sini turut berpeluang memberi makanan kepada haiwan haiwan ini.Umpan seperti rumput dan jagung boleh dibeli di kaunter.Seikat rumput berharga RM 3. Namun demikian haiwan seperti kuda dan keldai dilarang oleh pemilik untuk diberi makan atas sebab sebab yang tidak diketahui.

Walaupun diberi nama Ostrich Farm, terdapat juga haiwan haiwan lain di ladang burung unta ini .Tempat ini sebenarnya hampir seperti mini zoo. Ada haiwan haiwan lain seperti keldai,kuda,arnab,angsa,itik,unta dan kambing.
kanak-kanak-naik-kuda
Menunggang kuda di Ostrich Farm
aktiviti menyeronokkan bagi kanak kanak
Sekiranya ingin menunggang kuda,bayaran RM5 dikenakan. Semasa menunggang kuda, pembantu akan membantu mengawal kuda tersebut untuk keselamatan.
Untuk tambahan dalam ladang ini kita juga boleh minum dan makan di kafe yang terletak ditengah ladang.
Upside Down-Rumah Terbalik -Satu lagi Tempat Menarik di Port Dickson.

upside down port dicksonketika ini ada satu tarikan terbaharu di Port Dickson iaitu Rumah Terbalik Upside Down. Lokasi tempat menarik di Port Dickson ini hanyalah beberapa ratus meter dari Ostrich Farm.

Tiket untuk orang dewasa berharga RM 20. Manakala bagi kanak kanak tiket berharga RM15. Manakala kanak kanak yang kurang dari ketinggian 100cm diberi masuk secara percuma.Ruang pameran rumah terbalik ini terletak sebuah kedai 2 tingkat. Gambar magik adalah tarikan utama di Upside Down ini. Aktiviti utama hanyalah bergambar dan bergambar.

Sebelum datang ke sini caj terlebih dahulu smartphone atau kamera  anda penuh penuh dulu.Nanti rugi terlepas peluang untuk mengambil pose secara terbalik.

Hutan Rekreasi dan Rumah Api Tanjung Tuan buat anda Kecewa?

Sebelum terlupa ada satu tempat lagi yang boleh dilawati di Port Dickson ini iaitu Hutan Rekreasi Tanjung Tuan. Walaupun terletak di kawasan Pantai Port Dickson Hutan Rekreasi Tanjung Tuan ini sebenarnya berada di dalam negeri Melaka dan diuruskan oleh Jabatan Hutan negeri terbabit.

hutan-rekreasi-tanjung tuan
Ada sebuah rumah api di sini yang menjadi tumpuan pengunjung. Kami yang masuk pada waktu tengahari berjalan kaki sejauh hampir 1 KM memanjat bukit kerana teruja ingin memasuki rumah api melihat pemandangan laut Port Dickson dari tempat tinggi.
rumah-api-tanjung-tuan
Rumah Api Tanjung Tuan dilarang masuk

Namun kepenatan mendaki bukit untuk naik ke rumah api ini sebenarnya agak mengecewakan. Rumah api ini dilarang masuk tanpa kebenaran.Sekiranya tujuan utama ke Tanjung Tuan untuk mengunjungi rumah api dan melihat pemandangan laut dari rumah api tersebut nasihat saya lupakan sahaja niat itu.

rumah- api- tanjung- tuan- port dickson
Diberi kebenaran masuk sebentar dengan

pengawasan selepas merayu kepada pengawal

kerana anak anak.

Saya beranggapan ada sebuah menara tinjau yang berada di hujung Tanjung Tuan ini.Rupa rupanya tidak malah kami tidak dibenarkan masuk kerana memerlukan kebenaran daripada pihak tertentu.

Saya merayu kepada pengawal untuk masuk sekejap sahaja kerana saya kasihan anak anak yang kepenatan dan mahu masuk ke dalam. Akhirnya pengawal memberi kebenaran tidak sampai seminit untuk masuk. Kami pun bergambar dengan cepat cepat.

Tips saya sebelum bercadang untuk naik ke Tanjung Tuan pakailah pakaian yang sesuai.Kami yang naik ke sini hanya berpakaian biasa sebenarnya agak tidak selesa. Malah saya hampir putus selipar semasa turun menuruni bukit.

Sekian sahaja ulasan saya tentang tempat menarik di Port Dickson. Sekiranya tuan tuan ada sebarang pertanyaan boleh komen di ruang komen di bawah.

 

Komen

One thought on “Port Dickson Tempat Percutian Menarik untuk dikunjungi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *