Screenshot_2015-12-29-17-08-11

Tempat Makan Tengahari di Bandar Baru Bangi


Setiap kali lalu di Bandar Baru Bangi waktu makan tengahari saya perasan ada satu warung tepi jalan penuh dengan pengunjung. Kenderaan pulak diletakkan di bahu jalan. Teringin juga nak singgahmakan namun tak berpeluang.

Sehinggalah pada satu masa tu aku dan Yana sempat singgah semasa mahu pergi ke Pusat Perubatan Shifa Bandar Baru Bangi.Warung ini terletak di hadapan Petron Seksyen 9. 

Makan tengahari di warung ini ringkas sahaja. Set ikan keli , set talapia, set bawal atau set ayam goreng. Set ini mengandungi ulam ulaman bersama sambal belacan dan kuah kari. 
Rasa masakannya bagi saya biasa sahaja namun lauk yang digoreng panas panas selepas pesanan dibuat memang menyelerakan.
Info Ringkas:
Harga Set tidak termasuk air : RM 6.50
Seksyen 9 Sungai Ramal Luar (hadapan petron dan Shell/ bersebelahan Roti Canai di Bukit)
Pemilik:Man ( 017-7144342)
Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *