Kisah Mak yang tak suka membazir

botol-air-mineral
Aku rasa kebanyakan orang tua tua dulu termasuklah arwah mak sangat cermat. Jika pulang menziarahi mak di pondok pengajian mak di Jeram Kuala Selangor ,aku perhatikan penuh peti ais mak dengan makanan lama yang sebahagian besar dapat daripada masjid. 
Bahkan ada makanan yang disimpan itu sudah rosak oleh kerana sayangnya mak dengan makanan itu.Begitu juga dengan benda benda lain. Di ruangan dapur mak dipenuhi dengan plastik polestrin yang telah dibasuh,bekas botol air mineral dalam pelbagai saiz yang semuanya dijaga dengan baik oleh mak.
Itulah sikap mak sejak aku kecil. Dia tidak suka membazir makanan. Dia juga tidak suka masak lauk yang banyak jenis yang akhirnya tak habis. Mungkin juga sejarah hidup orang dulu dulu yang agak susah menyebabkan lahirnya perasaan cermat dalam diri mak itu. Kerap kali dia membebel dengan aku bila ada terlalu banyak lauk pauk terhidang di atas meja sewaktu makan. Mak selalu kata ‘terbuang nanti ni bukan ramai orangnya nak makan, kenapalah nak masak banyak banyak..membazir..
Jika merenung ke dalam diri sendiri betapa selalunya aku terbazir makanan akibat terlebih beli dan akhirnya makanan itu aku simpan dalam peti ais. Akhirnya apabila tidak dikeluarkan dari peti ais berminggu minggu makanan tersebut akan masuk ke dalam tong sampah. Begitu jauhnya  sifat aku dengan mak.
Allah telah berfirman dengan jelas tentang pembaziran. Bahkan pembaziran tidak hanya berkait dengan makanan sahaja tetapi pembaziran juga meliputi pelbagai aspek lain seperti pembaziran masa,tenaga,wang dan sebagainya. 
Adakah kita telah menggunakan perkara perkara tersebut dengan sebaik mungkin. Bagaimana masa yang kita gunakan setiap hari?,Adakah kita membazir dengan melakukan perkara yang kurang berfaedah?. 
baca fikir amal
YUSRIWAHAB.COM
“Sesungguhnya orang orang yang membazir itu adalah saudara saudara syaitan,sedang syaitan itu pula adalah mahluk yang sangat kufur kepada tuhannya (al-Isra ’27)
Komen

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *