harga-perodua-bezza

Harga Kereta Perodua Bezza Sedan Termurah di Pasaran Malaysia

DI ANTARA MODEL PERODUA BEZZA YANG MENARIK PERHATIAN RAMAI KERANA HARGA YANG BERPATUTAN BAGI SEDAN  (-PIC MILIK PAULTAN.ORG)
Berdasarkan beberapa
sumber daripada pihak Perodua sendiri harga kereta Perodua Bezza yang
baru dilancarkan baru baru ini memang agak berpatutan. Dari harga paling rendah
RM37,300 bagi standard Manual 1.0 ia adalah kereta sedan termurah di pasaran
negara kita.
1.       Standard
1.0L Manual      (RM37,300)
2.      Standard
1.0L Automatik (RM39,300)
3.      Premium
X 1.3L Manual   (RM42,800)
4.      Premium
1.3L  Automatik (RM44,800)
5.      Advance 1.3L
Automatik    (RM50,800)
Mengambil laporan daripada sumber berita online
yang aku baca baru baru ini Presiden dan Pengarah Urusan PERODUA, Datuk Aminar
Rashid Salleh, 

‘Bezza adalah disasarkan untuk pasangan muda yang
baharu berkahwin.Harga mampu milik kualiti berciri global pihak Perodua yakin
kereta Bezza sedan ini akan mendapat sambutan yang baik!’

Dengan harga yang ditawarkan oleh Perodua untuk
kereta sedan pertama mereka ini aku pasti akan berlaku persaingan harga kereta
sedan buatan Malaysia selepas ini. Kita tunggu dan lihat Proton yang bakal
umumkan kereta gantian Saga BLM dan gantian Persona yang sudah pun tersebar di
blog blog dan media sosial. 
        
Sedikit petikan daripada Blog
Paultan.org yang mengulas berkenaan kereta Perodua Bezza ini. 

Dalam laporan pandu uji pertamanya, Perodua Bezza, yang dibangunkan berdasarkan model kompak segmen A, Perodua Axia, merupakan kereta sedan pertama yang dibangunkan oleh Perodua di Malaysia, dan untuk Malaysia.

Nama sedan ini diinspirasikan dari perkataan Bahasa Malaysia iaitu ‘Beza’. Dan ini “merupakan apa sebenarnya sedan EEV pertama Perodua – yang jelas berbeza.” Huruf ‘Z’ berkembar dalam nama Bezza ini juga melambangkan angka 22 – Perodua telah pun berada dalam pasaran selama 22 tahun pada tahun ini.

Ya, ia dibangunkan berdasarkan Axia, jadi mungkin ramai yang menganggap ruang kargo Bezza mungkin tidak sebesar mana. Tetapi hakikatnya Bezza memiliki ruang kargo seluas 508 liter! Itu antara kelebihan yang ingin ditonjolkan oleh Perodua untuk produk terkininya ini.

Ketiga-tiga varian juga ditawarkan dengan waranti lima tahun atau 150,000 km (mana yang tiba terlebih dahulu). Bezza ditawarkan dengan enam pilihan warna termasuk dua warna baharu hanya hanya untuk varian 1.3L iaitu Ocean Blue, Sugar Brown, dan kesemua varian turut mendapat pilihan empat warna sedia ada iaitu Lava Red, Black Ebony, Glittering Silver dan Ivory White.

Dua enjin baharu

Antara perkara menarik yang perlu dinyatakan ialah Perodua Bezza ditawarkan dengan dua pilihan enjin baharu; 1.0L VVT-i (dengan ciri VVT-i, dan tambahan 1 hp dan 1 Nm berbanding enjin Axia) dan 1.3L Dual VVT-i, yang lebih maju berbanding enjin 1.3L yang ada pada Myvi.

Bagi model 1.0L, Perodua Bezza dikuasakan oleh enjin 1KR-VE. Ia pada asasnya sama dengan enjin 1KR-DE pada Axia 1.0L, tetapi menerima pelbagai teknologi dan ciri terbaharu serta dibuat di kilang Perodua sendiri di Rawang. Berbanding enjin lama, enjin baharu ini menerima teknologi pemasaan injap bervariasi-pintar VVT-i (sebelum ini Perodua menggelarnya sebagai DVVT), nisbah mampatan yang lebih tinggi serta daya geseran dikurangkan.

Enjin 1.3L pula merupakan enjin baharu sepenuhnya, menggantikan enjin 1.3L K3-VE yang telah digunakan sejak keluaran pertama Myvi 11 tahun lalu. Enjin baharu yang diberi kod 1NR-VE ini merupakan enjin yang sama boleh digunakan pada Toyota Avanza facelift dan diasaskan pembinaannya berdasarkan enjin K3-VE.

Menurut Perodua, enjin Bezza adalah 70% sama dengan enjin pada Avanza, berbeza sedikit pada talaan (berikutan berat Avanza dan Bezza yang berbeza) serta pada bahagian cagak enjin (Avanza pacuan belakang, manakala Bezza pacuan hadapan). Kilang pengeluaran bagi kedua-dua enjin ini berkenaan juga berbeza; enjin Bezza dikeluarkan dari kilang enjin Perodua, di Sendayan, Negeri Sembilan.

       

Hasil gabungan enjin-enjin baharu dengan kotak gear yang dikemaskini, membolehkan Bezza mencapai penggunaan bahan api yang lebih baik. Model 1.3 liter automatik disifatkan mampu mencatatkan penggunaan bahan api 21 km untuk setiap liter, manakala model 1.0 liter manual pula mampu catat 22.8 km untuk setiap liter.

Bagi model 1.0 liter varian automatik pula, ia mampu mencatatkan penggunaan bahan api 21.3 km setiap liter dipandu dengan mod ECE, berbanding Axia yang hanya mencatatkan 20.1 km untuk setiap liter petrol
    

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *