Cara buat Ikan Rebus yang betul

 

buat ikan rebus

Rebus ikan ada caranya . Sekiranya cara merebus ikan itu tidak betul selalunya ikan rebus tersebut cepat rosak dan tidak tahan lama. Kalau nak tahu cara rebus ikan yang betul cuba baca teknik rebus ikan di bawah.

Cara buat Ikan Rebus yang betul

1 kg ikan disiang dan  dicuci bersih

7 keping  asam gelugur (asam jawa sebesar penumbuk)
Garam segengam.
Seinci halia, dihiris nipis.
Sebatang serai dihiris nipis
2 sudu cuka makan.

Langkah Langkah Merebus Ikan

Susun separuh ikan di dalam periuk.
Tabur semua bahan kecuali garam dan cuka.
Susun separuh lagi ikan.
Tabur garam dan letak cuka.
Jangan letakkan air, kerana air akan keluar dari ikan tu.

Tutup periuk, buka api dapur seberapa kecil.

Lebih kurang sejam merebus, ikan rebus tadi pejal dan wangi.

Komen
3 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *