Kisah Perempuan Penjual Kayu ini Memberi Keinsafan

perempuan-pencari-kayu-api
Gambar Sekadar Hiasan

Petang tadi aku menonton sebuah rancangan TV. Agak jarang sebenarnya aku fokus hingga habis sebuah rancangan tv melainkan ia benar benar menarik minat aku.

Apa yang aku ingat tentang rancangan TV ini hanyalah isi cerita sahaja.Nama rancangan maaf la aku tak catat dalam ingatan.

Beginilah, kisah yang dipaparkan adalah tentang seorang perempuan tua miskin yang bekerja menjual kayu api. Pekerjaannya hanyalah memberi pendapatan yang sedikit.Beliau selalu tidak cukup wang membeli barang keperluan dan makanan.

Keperluan diri sendiri yang tidak cukup ini tidak mematahkan keinginannya untuk mengerjakan umrah.

Dengan keadaan kemiskinannya mustahil dia mampu untuk menjalankan ibadah umrah. Namun demikian tidaklah mustahil bagi Allah jika Dia berkehendak.

Dengan tidak disangka sangka beliau dipelawa mengerjakan umrah secara percuma yang ditaja oleh sebuah stesen TV.

Sepanjang perjalanannya mengerjakan umrah sangat memberi inspirasi dan keinsafan kepada diri aku sendiri terutama tatkala beliau berdoa dengan menangis hiba di hadapan Kaabah.

 

IBRAH DARIPADA KISAH INI

PERTAMA;
Allah tidak membezakan hambanya samada miskin atau kaya, hambanya yang bersyukur pasti akan diberi nikmat.

KEDUA;

Allah boleh menjadikan sesuatu perkara yang dianggap mustahil menjadi realiti dengan asbab yang tidak disangka sangka.Cuba ingat balik dalam kehidupan kita pernah atau tidak ada perkara yang seakan akan ini?.. Jika ada,selalukah kita mengucap syukur?

Ya Allah sudah tentu kau ada rahsia disebalik mengapa perempuan miskin ini menjadi tetamu Mu, bukan kami yang punyai gaji yang jauh lebih besar yang sepatutnya lebih mampu..

Ampunkan dosa kami Ya Allah.

 

Komen
2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *