Kemudahan ke macam ni?

Beberapa keping gambar dalam page fb yang aku lihat baru baru ini tentang keadaan satu taman rekreasi ini buat aku rasa bengang.

Pihak majlis yang menguruskan taman taman rekreasi seperti bermasalah tidak cukup peruntukan untuk penyelenggaran taman rekreasi?.Itu jika aku bersangka baiklah.

Sepatutnya kos penyelengaraan, pembaikan dan penggantian adalah satu kos wajib yang perlu disediakan oleh pihak yang menyediakan kemudahan awam. Malah kos penyelengaraan perlu peruntukan besar kerana kos tersebut meningkat setiap tahun.

Pernah aku ke satu Taman Rekreasi di Cheras, sebuah papan luncur yang telah patah dan berbahaya kepada kanak kanak masih dibiarkan tanpa ada larangan menggunakannya.

Ini menunjukkan seolah olah TIADA PEKERJA atau PEGAWAI YANG bertugas MEMANTAU keadaan setiap kemudahan yang mereka sediakan di tempat rekreasi.

CADANGAN

Selain memantau kemudahan perlu juga memasang papan tanda maklumat untuk memudahkan masyarakat menghubungi mereka sekiranya berlaku kerosakan pada kemudahan awam yang  disediakan.

Sebagai orang awam yang menggunakan kemudahan ini pula sebenarnya kita boleh berperanan menghubungi pihak berkaitan sekiranya kita menyaksikan sendiri kerosakan tersebut.

Ada telefon pintar kan?, google sahaja website pihak majlis kemudian maklumkan kerosakan tersebut.

Pemantauan kerap oleh pegawai pada setiap kemudahan yang disediakan juga adalah sangat mustahak.

Pantaulah tandas di tempat rekreasi mungkin ada pam tarik yang melimpah dan menitik airnya.

Jenguk jenguklah juga papan luncur mungkin di situ ada besi pemegang yang longgar.

Pandang pandanglah kemudahan bangku taman mungkin ada yang menunggu masa untuk patah.

Periksa sahajalah semua kemudahan yang ada di tempat tersebut secara berkala mungkin ada yang memerlukan penyelenggaran segera.

gambar dari: FB Tanjung Karang Ku

Komen
3 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *