Memori Nasi Pulut Sambal Ikan Bilis Kantin

nasi pulut-ikan bilis

Teringat kenangan semasa kanak kanak. Setiap kali tiba di kantin sekolah seawal pagi saya selalu membeli nasi pulut sambal ikan bilis yang dibungkus dengan daun pisang. Seingat saya pada masa itu harganya hanyalah 10 sen.
Berselera sungguh saya apabila menikmati nasi pulut sambal ikan bilis itu. Kerap saya membeli 2 bungkus sekaligus.
Hidangan ini juga sering dimasak oleh mak saya pada awal pagi sebagai hidangan sarapan. Kebiasaan ini turut diikuti pula oleh Kak Idah yang tinggal di rumah arwah mak sekarang. Tidak lagi hanya dimakan bersama ikan bilis malah ada pula lauk tambahan iaitu ikan masin.
Biasanya ikan gelama masin atau ikan sepat masin menjadi hidangan wajib selain sambal ikan bilis.
Waktu berlalu mak pun sudah meninggalkan kami. Nasi pulut sambal ikan bilis tidak lagi  sekerap dulu saya menikmatinya. Itupun bernasib baik apabila balik ke kampung kak Idah akan memasakkan kami nasi pulut sambal ikan bilis.
Saya tidak temuinya di sini di bandar raya Kuala Lumpur. Kenangan tetap kenangan apabila rasa teringin saya akan memasak dan makan sendiri sahaja.
Komen

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *