3449281489_462b29d32c

Keman Seng Abang Lay! orang kampung yang baik hati

makan di rumah orang kampung
Jam kat kamera ni tak betul..waktu ni jam 8 malam

Abang Lay selalu mengajak kami  makan malam di rumahnya. Pernah  suatu ketika  3 hingga 4 kali dia mengajak kami datang makan dalam tempoh seminggu.

Lauk masakan abang Lay ni bergantung kepada musim di laut. Contohnya kalau masa tu musim ikan bawal,  dia akan masakkan kami ikan bawal  masak masam manis. Kalau tiba musim udang pasti Abang Lay akan  memasak  udang rebus yang di cicah sos ikan.

Pada awal penempatan aku di sana , aku  pernah  terkena gatal kulit, mungkin alahan  akibat terlalu kerap menjamah udang dalam kuantiti yang banyak.

Oleh kerana terlalu kerap, adakalanya aku dan kawan kawan cikgu yang lain merasa muak pula dengan lauk udang. Hinggakan kami lebih suka membeli ikan sardin berbanding memasak lauk udang.

 

Serati
abang lay tolong sembelih…

 

 

Ustaz Rizal suka makan itik serati. Pernah beberapa kali dia membeli daripada  orang kampung di sana.Kami menyuruh abang Lay memasakkan untuk kami. Kadang kadang dia memasakkan kami serati bakar. Adakalanya dia buat masak gulai. Memang sedap masakkannya.

Kekurangan isteri abang Lay ni, dia kurang mahir bercakap dalam bahasa melayu. Satu ayat melanau (Matu ) yang masih aku ingat:  

keman seng!= makan dulu!. 

Keman Seng Abang Lay !

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *