Usahawan Masa Kini Perlukan Google Adwords

google-adwords-malaysiaBeberapa orang terdekat bertanya tentang dunia pemasaran internet.

Ramai di antara mereka mula memasarkan perkhidmatan mereka dengan membina blog,membina portal perniagaan dan juga hebahan melalui media sosial sebagai senjata utama.

Malangnya kerana kurangnya ilmu, blog dan portal yang mereka hasilkan tidak tersenarai pun di laman carian . Sekiranya tersenarai sekalipun ia hanya berada di laman kedua dan ketiga yang tidak memberi impak kepada jualan.

Bagi mereka yang tidak kenal SEO, SEO adalah akronim bagi Search Engine Optimization. Ia kekuatan utama bagi memudahkan portal dan blog yang dibina berada di carian google.

Google merupakan enjin carian yang telah menguasai hampir 90% pengguna internet di dunia berbanding enjin carian lain seperti Yahoo,Bing dan lain lain lagi.

Menurut kajian, pencari maklumat di laman google  hanya mencari maklumat di senarai teratas carian tersebut. Ini bermakna blog atau portal anda tidak memberi apa apa jualan kepada anda sekiranya portal jualan anda berada di page kedua dan ketiga. Sia sia sahaja kan?. Sia sia daripada segi kos dan masa membina portal jualan yang beratus ratus ringgit.

Ada banyak faktor membolehkan laman yang dihasilkan berada di halaman utama carian. Menurut beberapa pakar SEO , terdapat lebih 200 faktor berkaitan SEO.

Antaranya seperti pautan yang berkualiti dari laman laman lain terutamanya pautan dari laman yang berkredibiliti, usia laman termasuk pelbagai lagi yang berkait dengan algorithm google. Untuk mengupas tajuk SEO secara mendalam perlukan berguru dengan pakar pakar SEO Malaysia seperti Wan Mus yang telah diiktiraf oleh Google sebagai google Partner di Malaysia.

TIDAK MAHIR SEO?, GOOGLE ADWORDS PILIHANNYA

Jangan risau jika anda tidak mahir SEO. Sebenarnya anda ada pilihan. Selain SEO ada satu lagi istilah yang jarang diketahui oleh orang ramai namun mula menjadi perhatian. Istilah ini yang di panggil SEM iaitu Search Engine Marketing yang turut dikuasai oleh google.

Kuasa google ini menjadikan pemasaran di internet tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada SEO tetapi SEM ini menjadi jalan pintas untuk memasarkan barang dan perkhidmatan ke dalam dunia internet.

Google menawarkan perkhidmatan google adwords sebagai alternatif kepada mereka yang kurang arif tentang SEO tetapi ingin menjadikan perniagaan mereka dijumpai di internet.

Pernah buka Youtube kan?, perasan atau tidak ada iklan muncul di awal video?begitu juga semasa anda melayari blog saya ini, ada terjumpa berbagai iklan di atas atau di dalam artikel ini?. Sekiranya anda lihat dan sedar sebenarnya apa yang saya terangkan itu adalah sebahagian dunia pengiklanan yang di tawarkan oleh google adwords. Oleh yang demikian tentu sekarang ini anda akan berkata wow! kerana baru terbuka mata betapa berpengaruhnya google adwords.

Sudah tentu kekangan utama dalam beriklan adalah kos. Cuma anda kena tanya diri semula berapa target yang anda ingin hasilkan dalam jualan. Kaji adakah dengan kaedah pemasaran yang anda lakukan ketika ini mampu mencapai matlamat tersebut?. Sekiranya anda sanggup berkorban melabur dalam beberapa ratus ringgit untuk pengiklanan google adwords tidak mustahil jualan yang anda akan hasilkan boleh membayar semula kos tersebut.

Kos yang diperlukan dalam google adwords ada banyak pilihan. Bergantung kepada bajet yang mampu atau sanggup dilaburkan oleh anda sebagai seorang usahawan.

Sekian dulu untuk artikel pertama aku berkenaan dengan google adwords. Sekiranya nanti aku ada ilmu baru tentang perkara berkaitan SEO dan SEM aku aku kupas dalam artikel lain. Terima kasih kerana membaca sehingga habis.

 

Komen
2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *