Author Archives: Tukang Tulis

Beri Salam Lah dapat Pahala

Pagi tadi aku berbual dengan kawan aku seorang ustaz. Beliau bercerita tentang perangai orang arab semasa belajar di Maghribi. Walaupun kita biasa hanya mendengar sisi negatif orang arab , ada juga amalan baik bangsa Arab ini yang patut kita amalkan di Malaysia. Kau tau tak orang Arab ni terbiasa dengan amalan memberi salam semasa berselisih di jalanan walaupun dengan orang yang mereka tak kenal?. Bukan macam kau, buat buat tak nampak tunduk pandang ke bumi. Pahala pun tak nak.

“Asalamualaikum,.. Kaifa Halukum” sapaan salam yang menjadi amalan mereka.

 

“Asalamualaikum..apa khabar”

 

Balik ke Malaysia ustaz terbiasa dengan sapaan salam. Jumpa orang Islam di jalanan tak lekang ustaz menegur dan memberi salam. Mula mula je ustaz buat macam tu lama lama dia rasa janggal.Tau kenapa?. Yalah di Malaysia ni lain. Orang Islam cuma memberi salam kepada orang yang dia kenal je.Kalau tak kenal?..Kirim salam jelah kot.

Ustaz cerita lagi, jiran sebelah rumah dia seorang lelaki Cina.  Setiap pagi sebelum ke tempat kerja jika berselisih, lelaki cina ini pun menyapa good morning kepada ustaz. Kau dengan jiran kau?sesama Islam berapa kali agaknya ucap salam?.

Memberi salam kan Sunnah nabi?.

Kau pun dah pernah belajar kan?. Tau kan?. Bahawasanya memberi salam tu amalan Sunnah?.Habis tu?.Kata sayang Rasullullah. Pakai baju tshirt I Love Rasullulah. Pergi zikir Ya Hanana, Amalan nabi yang mudah macam ni pun kau jarang jarang buat.Hmm

Aku nak share beberapa hadis tentang amalan memberi salam. Kalau salah. Pm tepi

Di antaranya adalah seperti di bawah.

  • Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:Nabi Muhammad SAW telah bersabda: “Manusia yang terdekat dengan Allah SWT ialah mereka yang memulakan memberi salam.
  • Rasulullah saw. bersabda: Ada lima kewajiban bagi seorang muslim terhadap saudaranya yang muslim; menjawab salam, mendoakan orang yang bersin, memenuhi undangan, menjenguk orang sakit dan mengiring jenazah. (Shahih Muslim No.4022)

 

 

Usahawan Masa Kini Perlukan Google Adwords

google-adwords-malaysiaSebenarnya aku bukanlah pakar dalam bidang SEO ataupun google adwords. Cuma apabila beberapa orang terdekat bertanya tentang dunia pemasaran internet aku rasa perlu untuk menulis secara asas tentang tajuk di atas. Pengalaman singkat aku mengusahakan perniagaan kecil kecilan menggunakan kekuatan carian google membuat pengalaman itu boleh dikongsi.

Untuk makluman ,artikel ini tidak sesuai bagi mereka yang pakar bagi kedua bidang di atas. Ini hanya untuk membuka mata usahawan yang baru meneroka pemasaran di internet melakukan pemasaran di internet dengan cara yang betul.

Ramai di kalangan usahawan telah sedar bahawa dunia internet adalah penting dalam perniagaan. Ramai di antara mereka mula memasarkan perkhidmatan mereka dengan membina blog,membina portal perniagaan dan juga hebahan melalui media sosial sebagai senjata utama.

Malangnya kerana kurangnya ilmu, blog dan portal yang mereka hasilkan tidak tersenarai pun di laman carian . Sekiranya tersenarai sekalipun ia hanya berada di laman kedua dan ketiga yang tidak memberi impak kepada jualan.

Bagi mereka yang tidak kenal SEO, SEO adalah akronim bagi Search Engine Optimization. Ia kekuatan utama bagi memudahkan portal dan blog yang dibina berada di carian google.

Google merupakan enjin carian yang telah menguasai hampir 90% pengguna internet di dunia berbanding enjin carian lain seperti Yahoo,Bing dan lain lain lagi.

Menurut kajian, pencari maklumat di laman google  hanya mencari maklumat di senarai teratas carian tersebut. Ini bermakna blog atau portal anda tidak memberi apa apa jualan kepada anda sekiranya portal jualan anda berada di page kedua dan ketiga. Sia sia sahaja kan?. Sia sia daripada segi kos dan masa membina portal jualan yang beratus ratus ringgit.

Ada banyak faktor membolehkan laman yang dihasilkan berada di halaman utama carian. Menurut beberapa pakar SEO , terdapat lebih 200 faktor berkaitan SEO. Antaranya seperti pautan yang berkualiti dari laman laman lain terutamanya pautan dari laman yang berkredibiliti, usia laman termasuk pelbagai lagi yang berkait dengan algorithm google. Untuk mengupas tajuk SEO secara mendalam perlukan berguru dengan pakar pakar SEO Malaysia seperti Wan Mus yang telah diiktiraf oleh Google sebagai google Partner di Malaysia.

TIDAK MAHIR SEO?, GOOGLE ADWORDS PILIHANNYA

Jangan risau jika anda tidak mahir SEO. Sebenarnya anda ada pilihan. Selain SEO ada satu lagi istilah yang jarang diketahui oleh orang ramai namun mula menjadi perhatian. Istilah ini yang di panggil SEM iaitu Search Engine Marketing yang turut dikuasai oleh google.

Kuasa google ini menjadikan pemasaran di internet tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada SEO tetapi SEM ini menjadi jalan pintas untuk memasarkan barang dan perkhidmatan ke dalam dunia internet.

Google menawarkan perkhidmatan google adwords sebagai alternatif kepada mereka yang kurang arif tentang SEO tetapi ingin menjadikan perniagaan mereka dijumpai di internet.

Pernah buka Youtube kan?, perasan atau tidak ada iklan muncul di awal video?begitu juga semasa anda melayari blog saya ini, ada terjumpa berbagai iklan di atas atau di dalam artikel ini?. Sekiranya anda lihat dan sedar sebenarnya apa yang saya terangkan itu adalah sebahagian dunia pengiklanan yang di tawarkan oleh google adwords. Oleh yang demikian tentu sekarang ini anda akan berkata wow! kerana baru terbuka mata betapa berpengaruhnya google adwords.

Sudah tentu kekangan utama dalam beriklan adalah kos. Cuma anda kena tanya diri semula berapa target yang anda ingin hasilkan dalam jualan. Kaji adakah dengan kaedah pemasaran yang anda lakukan ketika ini mampu mencapai matlamat tersebut?. Sekiranya anda sanggup berkorban melabur dalam beberapa ratus ringgit untuk pengiklanan google adwords tidak mustahil jualan yang anda akan hasilkan boleh membayar semula kos tersebut.

Kos yang diperlukan dalam google adwords ada banyak pilihan. Bergantung kepada bajet yang mampu atau sanggup dilaburkan oleh anda sebagai seorang usahawan.

Sekian dulu untuk artikel pertama aku berkenaan dengan google adwords. Sekiranya nanti aku ada ilmu baru tentang perkara berkaitan SEO dan SEM aku aku kupas dalam artikel lain. Terima kasih kerana membaca sehingga habis.

 

Tukar Kad Bank Secara Online je

tukar-kad-maybank

kad-atm tukar-kad-debit

Kenapa nak susah susah semata mata nak tukar kad debit lama yang dikatakan akan luput hujung tahun ni.Nak cari parking satu masalah, lepas tu dah masuk tunggu giliran pula. Nasib baik dapat juga tunggu giliran. Ini baru je melangkah masuk ke dalam bank ada pula tertera satu notis besar ;

          MAAF KAMI TELAH KEHABISAN KAD UNTUK PERTUKARAN KAD BAHARU

          SILA KE CAWANGAN LAIN.


Ada berita baik untuk untuk mereka yang ada akaun maybank2u. Sebenarnya anda boleh membuat pertukaran kad baharu secara online sahaja.Mudah dan cepat.

Continue reading

Singgah Makan di Food Truck Melawati

 

 

Menjual makanan menggunakan trak  sudah menjadi trend baru di kalangan peniaga terutama peniaga generasi baru. Pelbagai jenis trak makanan atau food truck di satu kawasan terbuka pula  adalah salah satu idea menarik.

Ada beberapa tempat di Kuala Lumpur menggunakan konsep begini. Antaranya di Taman Melawati Kuala Lumpur.

Malam minggu baru baru ini aku sekeluarga singgah makan di sana kerana tertarik dengan konsep yang mereka bawakan.

Kebanyakan food truck di sini aku lihat  berorientasikan makanan western food di samping terdapat juga ‘food truck’ yang menawarkan menu menu lain seperti steamboat,laksa,roti jala dan kambing bakar.

Aku mencuba hidangan nasi arab dan steamboat sahaja. Dari segi rasa makanan yang kami ambil bagi aku tidaklah mengecewakan. Namun ada banyak lagi makanan di food truck lain yang aku belum cuba.

Sudah semestinya food truck yang pelbagai dan kawasan lapang dan terbuka menjadikan kawasan ini memang best untuk lepak lepak pada waktu malam.Kawasannya di tempat letak kereta agak lapang dan tenang tanpa gangguan bunyi bising lalu lintas.

Lokasi  food truck ini terletak di kawasan tempat letak kereta di belakang Stesen Minyak BHP Taman Melawati Kuala Lumpur. Lokasi tersebut dibuka pada awal malam hingga lewat tengah malam.

IKLAN

Anda ada restoran?.warung?..atau apa apa konsep kedai makan hubungi saya di terbaikmarketing@gmail.com untuk review.

 

 

 

Photo0468

Memori Nasi Pulut Sambal Ikan Bilis Kantin

nasi pulut-ikan bilis

Teringat kenangan semasa kanak kanak. Setiap kali tiba di kantin sekolah seawal pagi saya selalu membeli nasi pulut sambal ikan bilis yang dibungkus dengan daun pisang. Seingat saya pada masa itu harganya hanyalah 10 sen.
Berselera sungguh saya apabila menikmati nasi pulut sambal ikan bilis itu. Kerap saya membeli 2 bungkus sekaligus.
Hidangan ini juga sering dimasak oleh mak saya pada awal pagi sebagai hidangan sarapan. Kebiasaan ini turut diikuti pula oleh Kak Idah yang tinggal di rumah arwah mak sekarang. Tidak lagi hanya dimakan bersama ikan bilis malah ada pula lauk tambahan iaitu ikan masin.
Biasanya ikan gelama masin atau ikan sepat masin menjadi hidangan wajib selain sambal ikan bilis.
Waktu berlalu mak pun sudah meninggalkan kami. Nasi pulut sambal ikan bilis tidak lagi  sekerap dulu saya menikmatinya. Itupun bernasib baik apabila balik ke kampung kak Idah akan memasakkan kami nasi pulut sambal ikan bilis.
Saya tidak temuinya di sini di bandar raya Kuala Lumpur. Kenangan tetap kenangan apabila rasa teringin saya akan memasak dan makan sendiri sahaja.