Category Archives: Panduan Islam

Beri Salam Lah dapat Pahala

Pagi tadi aku berbual dengan kawan aku seorang ustaz. Beliau bercerita tentang perangai orang arab semasa belajar di Maghribi. Walaupun kita biasa hanya mendengar sisi negatif orang arab , ada juga amalan baik bangsa Arab ini yang patut kita amalkan di Malaysia. Kau tau tak orang Arab ni terbiasa dengan amalan memberi salam semasa berselisih di jalanan walaupun dengan orang yang mereka tak kenal?. Bukan macam kau, buat buat tak nampak tunduk pandang ke bumi. Pahala pun tak nak.

“Asalamualaikum,.. Kaifa Halukum” sapaan salam yang menjadi amalan mereka.

 

“Asalamualaikum..apa khabar”

 

Balik ke Malaysia ustaz terbiasa dengan sapaan salam. Jumpa orang Islam di jalanan tak lekang ustaz menegur dan memberi salam. Mula mula je ustaz buat macam tu lama lama dia rasa janggal.Tau kenapa?. Yalah di Malaysia ni lain. Orang Islam cuma memberi salam kepada orang yang dia kenal je.Kalau tak kenal?..Kirim salam jelah kot.

Ustaz cerita lagi, jiran sebelah rumah dia seorang lelaki Cina.  Setiap pagi sebelum ke tempat kerja jika berselisih, lelaki cina ini pun menyapa good morning kepada ustaz. Kau dengan jiran kau?sesama Islam berapa kali agaknya ucap salam?.

Memberi salam kan Sunnah nabi?.

Kau pun dah pernah belajar kan?. Tau kan?. Bahawasanya memberi salam tu amalan Sunnah?.Habis tu?.Kata sayang Rasullullah. Pakai baju tshirt I Love Rasullulah. Pergi zikir Ya Hanana, Amalan nabi yang mudah macam ni pun kau jarang jarang buat.Hmm

Aku nak share beberapa hadis tentang amalan memberi salam. Kalau salah. Pm tepi

Di antaranya adalah seperti di bawah.

  • Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:Nabi Muhammad SAW telah bersabda: “Manusia yang terdekat dengan Allah SWT ialah mereka yang memulakan memberi salam.
  • Rasulullah saw. bersabda: Ada lima kewajiban bagi seorang muslim terhadap saudaranya yang muslim; menjawab salam, mendoakan orang yang bersin, memenuhi undangan, menjenguk orang sakit dan mengiring jenazah. (Shahih Muslim No.4022)

 

 

perempuan-pencari-kayu-api

Kisah Perempuan Penjual Kayu ini Memberi Keinsafan

perempuan-pencari-kayu-api

Gambar Sekadar Hiasan

Petang tadi aku menonton sebuah rancangan TV. Agak jarang sebenarnya aku fokus hingga habis sebuah rancangan tv melainkan ia benar benar menarik minat aku.

Apa yang aku ingat tentang rancangan TV ini hanyalah isi cerita sahaja.Nama rancangan maaf la aku tak catat dalam ingatan.

Beginilah, kisah yang dipaparkan adalah tentang seorang perempuan tua miskin yang bekerja menjual kayu api. Pekerjaannya hanyalah memberi pendapatan yang sedikit.Beliau selalu tidak cukup wang membeli barang keperluan dan makanan.

Keperluan diri sendiri yang tidak cukup ini tidak mematahkan keinginannya untuk mengerjakan umrah.

Dengan keadaan kemiskinannya mustahil dia mampu untuk menjalankan ibadah umrah. Namun demikian tidaklah mustahil bagi Allah jika Dia berkehendak.

Dengan tidak disangka sangka beliau dipelawa mengerjakan umrah secara percuma yang ditaja oleh sebuah stesen TV.

Sepanjang perjalanannya mengerjakan umrah sangat memberi inspirasi dan keinsafan kepada diri aku sendiri terutama tatkala beliau berdoa dengan menangis hiba di hadapan Kaabah.

 

IBRAH DARIPADA KISAH INI

PERTAMA;
Allah tidak membezakan hambanya samada miskin atau kaya, hambanya yang bersyukur pasti akan diberi nikmat.

KEDUA;

Allah boleh menjadikan sesuatu perkara yang dianggap mustahil menjadi realiti dengan asbab yang tidak disangka sangka.Cuba ingat balik dalam kehidupan kita pernah atau tidak ada perkara yang seakan akan ini?.. Jika ada,selalukah kita mengucap syukur?

Ya Allah sudah tentu kau ada rahsia disebalik mengapa perempuan miskin ini menjadi tetamu Mu, bukan kami yang punyai gaji yang jauh lebih besar yang sepatutnya lebih mampu..

Ampunkan dosa kami Ya Allah.

 

eQurban-2015-300x250

Ibadah Korban Kini Online sahaja

Ibadah korban yang dilakukan saban tahun menjelang Hari Raya Aidiladha adalah ibadah sunat ke atas umat Islam. Sebagai orang Islam banyak perkara yang kita perlu tahu tentang ibadah korban ini. Bukan setakat tahu sikit sikit apatah lagi tak tahu langsung kan?.Ada yang berfikir sudah kaya baru boleh MEMBERI sedangkan prinsip sebenar adalah BANYAKKAN memberi untuk jadi kaya. Begitu juga ramai beranggapan bila ada duit banyak baru boleh buat QURBAN sedangkan sebenarnya untuk dapat banyak DUIT mesti buat qurban setiap tahun.

Prinsip magnet rezeki ialah kita mesti banyak memberi dan melakukan ibadah Qurban setiap tahun sekurang kurangnya satu bahagian untuk satu keluarga.

Bila ALLAH bagi rezeki lebih buatlah Qurban satu bahagian untuk setiap ahli
keluarga setiap tahun. JANGAN tunggu banyak duit baru nak buat Qurban sebab
kalau tak ada magnet diri manalah rezeki nak melekat. Jangan lepaskan peluang
setahun sekali untuk jadikan diri kita magnet rezeki–C/P Denaihati.

Daripada laman Web Yapiem aku turunkan perkara perkara yang kita perlu tahu tentang ibadah Korban.Sebelum terlupa sekiranya berminat melakukan ibadah Korban secara online di laman web E-Qurban.com.

Boleh daftar ibadah Qurban secara online di laman web ini. Klik di sini untuk memahami dengan jelas ibadah Korban di E-Qurban seterusnya mendaftar sebagai peserta ibadah Korban.

Daftar E-Qurban

SOALAN LAZIM SKIM IBADAH KORBAN

1. Apakah yang dimaksudkan dengan ibadah korban?

– Korban dalam bahasa Arab disebut al-udhhiyah, iaitu binatang yang
disembelih pada waktu Dhuha.

Manakala penertiannya dari segi hukum syara’ ialah binatang ternakan
(na’am) seperti kambing, lembu atau kerbau yang disembelih pada Hari Raya Aidil
Adha atau pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) dengan niat untuk
menghampirkan diri kepada Allah.

2. Apakah hukum melakukan ibadah korban?

– Hukum menyembelih haiwan korban pada Hari Raya Aidil Adha atau Hari
Raya Korban ke atas umat Islam yang mampu ialah sunat Kifayah(sunat yang
dituntut) dan jikalau meninggalkannya adalah makruh.
Allah S.W.T berfirman;
“Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan menyembelihlah”. Surah
al-Kautsar (2):
Mengikut tafsiran ulama maksud solat atau sembahyang pada ayat ini
ialah solat Aidil Adha dan yang dimaksudkan dengan menyembelih ialah berkorban.

3. Apakah dalil yang mensyariatkan ibadah korban?

– Imam Ibnu Jarir mentafsirkan ayat seperti di atas tersebut seperti
berikut:
“Jadikanlah solatmu ikhlas hanya untuk Allah semata dengan sama sekali
tidak mengharapkan kepada selain daripada-Nya. Demikian juga korban yang kamu
tunaikan, niatkanlah hanya untuk Allah, tidak untuk berhala, sebagai tanda
syukur terhadap apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu yang tidak
terhingga banyaknya”.

4. Apakah kelebihan melaksanakan ibadah korban?

– Ibadah korban merupakan ibadah yang mendapat ganjaran yang amat
besar disisi Allah. Dalam sebuah hadis, Rasulullah S.A.W bersabda:
“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Korban
yang lebih disukai Allah melainkan menumpahkan darah (menyembelih binatang
korban). Sesungguhnya binatang korban itu akan datang pada Hari Kiamat bersama
tanduk, kuku dan bulunya dan Allah memberi pahala ibadah korban itu sebelum
darah binatang korban itu jatuh ke bumi. Oleh itu, elokkanlah korban kamu.”
Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim.

5. Apakah hikmah melakukan ibadah korban?

– ibadah korban yang menjadi amalan umat Islam sekarang mempunyai
kaitan yang sangat rapat dengan peristiwa korban di antara Nabi Ibrahim A.S.
dengan anaknya Nabi Ismail A.S. Maka dengan melihat kepada peristiwa tersebut
beberapa hikmah dapat disimpulkan;
1. Ia menguji kekuatan iman dan keteguhan mental orang yang berkorban.
2. Supaya orang yang berkorban dapat menjauhkan diri daripada sifat
terlalu sayangkan harta dan kedekut dengan harta yang Allah S.W.T kurniakan
kepadanya.
3. Berkongsi merasai nikmat Allah S.W.T dengan golongan yang kurang
bernasib baik atau miskin.
4. Membudayakan dalam masyarakat salah satu syiar Islam iaitu
berkorban.

6. Bolehkah penyembelihan haiwan korban diniatkan sekali dengan
aqiqah?

– Pada hari raya korban kita disunatkan menyembelih haiwan korban,
begitu juga pada hari ketujuh kelahiran seorang anak, kita dituntut
melaksanakan aqiqah untuknya, jadi apabila bertemu hari raya korban bertepatan
dengan hari ketujuh kelahiran anak, maka mengikut pandangan ulama mazhab
Hanbali, kita boleh gabungkan niatkan perlaksanaan korban tersebut dengan niat
untuk aqiqah anak, seperti mana jika bertemu hari Jumaat dengan Hari Raya, maka
saudara boleh niatkan mandi sunat keduanya dengan sekali mandi sahaja.

7. Siapakah yang dituntut untuk melaksanakan korban?

– Menyembelih haiwan korban pada Hari Raya Korban dianjurkan ke atas
seluruh umat Islam, akan tetapi tuntutan sebenar ialah kepada yang mampu,
sehingga Rasulullah S.A.W memberi amaran dalam beberapa buah hadis kepada
mereka yang tidak menunaikan ibadah korban, antara hadis tersebut ialah;
Maksud hadis,
“Sesiapa yang mempunyai kelapangan (mampu), tetapi tidak berkorban,
janganlah ia mendekati tempat solat kami.”

8. Apakah jenis-jenis ibadah korban?

1. Korban sunat, iaitu menyembelih binatang ternakan yang tertentu
dengan niat taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah S.W.T. pada Hari Raya
Aidil Adha atau Hari Raya Haji.

2. Korban nazar, apabila seseorang bernazar untuk menyembelih korban,
maka wajiblah atasnya menunaikan nazarnya itu.

9. Apakah yang dimaksudkan dengan korban nazar?

– Korban nazar ialah apabila seseorang itu mengatakan bahawa jika dia
mendapat apa yang dihajatinya dia akan menyembelih haiwan korban, maka wajiblah
ke atasnya menunaikan nazarnya itu. Bahkan Imam Nawawi menyatakan bahawa
apabila telah terlewat hari yang ditentukan untuk penyembelihan korban dan
ternyata saudara terlupa untuk menyembelih korban yang dinazarkan itu, maka
wajiblah bagi orang yang bernazar tadi menyembelihnya ketika dia teringat,
walaupun telah berlalu waktunya.

10. Apakah yang dinamakan korban wajib?

– Korban wajib ialah apabila seseorang membeli seekor kambing atau
lembu atau unta dengan mengatakan bahawa ‘haiwan ini adalah untuk sembelihan
korban’, atau ‘aku beli haiwan ini untuk korban’, maka adalah wajib beliau
menyembelih haiwan tersebut sebagai korban pada hari raya korban.

11. Bilakah waktu yang dibolehkan untuk menyembelih haiwan korban?

– Waktu yang dibolehkan untuk menyembelih haiwan korban ialah dari
masa khatib turun dari atas mimbar selepas selesai berkhutbah solat Aidil Adha,
sehingga terbenam matahari tarikh ke 13 Zulhijjah. Maka waktu menyembelih
haiwan korban adalah 4 hari. Sesiapa yang menyembelih korban sebelum atau
selepas waktu itu, tidak sah korbannya. Dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W;
yang bermaksud, “Yang mula-mula kami lakukan pada hari kami ini (Hari Raya Haji) ialah
kami solat kemudian pulang, lalu kami menyembelih. Sesiapa berbuat begitu maka
dia telah mengikut sunnah kami. Sebaliknya sesiapa menyembelih sebelum itu,
maka sesungguhnya itulah daging yang disembelih untuk keluarganya, tidak
sedikitpun dikira sebagai korban.”

12. Apakah jenis haiwan yang lebih utama disembelih sebagai korban,
jantan atau betina?

– Para ulama berbeza pendapat tentang menentukan haiwan jantan atau
betina yang lebih baik dijadikan korban. Mengikut pendapat dalam mazhab Imam
Syafie, haiwan jantan lebih baik dari haiwan betina. Kesimpulan yang boleh kita
berikan ialah kedua-dua jantina sama ada jantan atau betina boleh disembelih
sebagai haiwan korban.

13. Bolehkah beberapa orang berkongsi seekor lembu untuk ibadah
korban?

– Boleh, kita dibenarkan berkongsi sehingga 7 orang atau 7 bahagian
bagi seekor lembu atau unta, ini bertepatan dengan sebuah hadis Rasulullah
S.A.W yang berbunyi;
“Pada musim haji, Rasulullah S.A.W telah menyuruh kami berkongsi 7
orang pada seekor unta dan seekor lembu.”
Hadis riwayat Muslim.
Dalam sebuah hadis lain dari al – Barqani;
“Rasulullah S.A.W telah bersabda kepada
kami: “Berkongsilah kamu pada seekor unta dan lembu, untuk 7
orang seekor.”
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

14. Manakah yang lebih baik, korban dengan seekor kambing atau satu
bahagian lembu?

– Dalam menentukan haiwan yang mana lebih baik untuk dijadikan
sembelihan korban, imam-imam mazhab berbeza pendapat, ini kerana banyak sumber
dari hadis yang memberi isyarat akan kelebihan setiap haiwan yang dibolehkan
untuk dijadikan sembelihan korban. Secara umumnya semua bersetuju manfaat
penyembelihan korban tersebut akan lebih bererti jika dapat dinikmati oleh
lebih ramai orang, maka kesimpulannya, haiwan mana yang lebih banyak dagingnya
boleh dianggap lebih afdal daripada haiwan yang lain tanpa kita menentukan
jenisnya.

15. Adakah seseorang patut menyembelih sendiri haiwan korbannya?

– Adalah sunat bagi lelaki yang hendak berkorban itu menyembelih
sendiri haiwan korban tersebut dengan tangannya, jika ia mampu. Jika ia tidak
mampu, maka berwakillah kepada orang lain, kerana “Nabi S.A.W telah berkorban
dengan 100 ekor unta, 63 ekor daripadanya Baginda sendiri menyembelihnya dan 37
ekor lagi diserahkannya kepada Saidina Ali bin Abi Talib untuk disembelihkan.”
Hadis riwayat Ahmad dan Muslim.

16. Bolehkah kita memakan daging haiwan korban kita sendiri?

– Kita memang dibenarkan oleh agama untuk memakan sebahagian daripada
daging haiwan korban yang kita lakukan. Dalam sebuah hadis, Rasulullah S.A.W.
bersabda;
“Makanlah, buatlah jamuan untuk orang makan dan simpanlah sebahagian
daging korban kamu.”
Mengikut pendapat ulama, kita dibolehkan memakan sepertiga daripada
daging korban tersebut.

17. Bolehkah diberikan sebahagian daging korban atau kulit haiwan
korban sebagai upah kepada tukang sembelih?

– Dalam hal ini Islam tidak membenarkan kita membayar upah kepada
tukang sembelih haiwan korban dengan daging mahupun kulit haiwan korban
tersebut. Maka seseorang perlu membayar upah tersebut daripada sumber lain yang
dimiliki. Ini bertepatan dengan hadis Nabi S.A.W. dari Saidina Ali R.A.;
“Kami memberikan
upah kepada orang yang menyembelih haiwan tersebut dari bahagian yang ada pada
kami.” Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

18. Bagaimana cara yang paling baik mengagihkan daging korban?

– Bagi pengagihan daging korban, golongan yang paling diutamakan ialah
fakir miskin daripada kalangan keluarga terdekat, kemudian fakir miskin dari
kalangan jiran tetangga. Tidak boleh diberikan kepada fakir miskin yang tidak
beragama Islam. Walau bagaimanapun kita disunatkan memakan hati haiwan korban
tersebut, kerana menurut riwayat Al-Baihaqi,
“Rasulullah S.A.W memakan hati korbannya.”
Dan Allah S.W.T juga menyuruh orang yang berkorban memakan sedikit
daripadanya, sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah al-Hajj, ayat 28;
Maksud ayat
“Maka makanlah olehmu sebahagian daripadanya dan sebahagian lagi
berikanlah untuk dimakan oleh orang-orang yang sengsara lagi fakir.”

19. Bolehkah kita menjual daging korban?

– Hakikat dan tujuan korban ialah untuk mendekatkan diri kepada Allah
S.W.T melalui ibadah korban dengan mengorbankan sesuatu untuk dirasai oleh
orang lain, bukan mengorbankan sesuatu untuk kepentingan diri sendiri. Jadi,
menjual daging korban amat bertentangan dengan tujuan dan matlamat yang
digariskan. Oleh itu, menjual daging haiwan korban adalah tidak dibolehkan.
Kita hanya digalakkan memakan sebahagian daripada daging korban tersebut bagi
mengambil keberkatan daripada ibadah korban tersebut.

20. Bolehkah seseorang itu memakan sedikit daripada daging korban
nazarnya?

– Jika korban yang dilakukan atas niat menunaikan nazar , maka daging
korban tersebut tidak boleh dimakan oleh orang yang berkorban. Semua daging
korban tersebut hendaklah disedekahkan kepada mereka yang berhak menerimanya.

 
alquran

Cara melupuskan Buku Agama dan cebisan Al-Quran yang betul

Cara melupuskan buku agama dan Al Quran
      Apakah kaedah terbaik untuk lupuskan bahan buku agama dan
cebisan Al-Quran?

 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-30 yang bersidang pada Ogos 1992 telah memutuskan bahawa:

 i) Al-Quran yang rosak, koyak, yang tidak lagi boleh dibaca dan yang bukan rasm Uthmani hendaklah dilupuskan.
ii) Kaedah pelupusan ialah dibakar dan ditanam di tempat yang terkawal.
iii) Kerja-kerja pelupusan hendaklah dipertanggungjawabkan kepada Urus Setia atau Majlis dan Jabatan Agama Islam Negeri-negeri. Ia dilakukan dengan cara tersembunyi demi mengelakkan salahfaham orang ramai.
Bahan buangan atau lebihan yang mengandungi huruf atau ayat-ayat suci al-Quran hendaklah dilupuskan secara berasingan daripada bahan-bahan lain serta dilarang menggunakannya semula bagi apa-apa tujuan sekalipun.

Kaedah pelupusan Al Quran yang betul
Secara pembakaran atau ditanam. Al-Quran yang rosak, koyak, yang tidak boleh dibaca dan yang bukan rasm Uthmani hendaklah dilupuskan. Kaedah pelupusan adalah dibakar di tempat yang dikawal dan ditanam di tempat yang dikawal.
Cara pembakaran adalah seperti berikut:
1.Bahan yang mengandungi ayat-ayat al-Quran yang dibakar hendaklah menyeluruh tanpa tertinggal mana-mana bahagian yang tidak terbakar.
 2.Bahan-bahan atau debu yang mengandungi ayat-ayat suci al-Quran yang telah dibakar hendaklah dipastikan dikumpul supaya tidak ditiup angin atau bersepah-sepah.
 3.Bahan yang telah dibakar hendaklah ditanam di tempat yang bersih atau tempat yang tidak dilalui orang atau dibuang ke dalam laut atau sungai yang mengalir airnya.
4. Kerja-kerja pembakaran hendaklah dikawalselia oleh pegawai Kementerian Dalam Negeri ( KDN ) atau Jabatan Agama Islam Negeri atau pihak yang mahu melupuskan bahan-bahan tersebut. Termasuk juga dalam garis panduan ini ialah hadis-hadis nabi dan doa-doa yang mengandungi gabungan ayat-ayat suci al-Quran atau nama-nama Allah di dalamnya.
Cara dan Syarat Pelupusan Buku Teks Pendidikan Islam
Kitar semula ( recycle ) adalah diharuskan dengan syarat-syarat berikut
Kerja-kerja pengkitaran semula buku-buku teks Pendidikan Islam seelok-eloknya dilakukan oleh syarikat yang dimiliki oleh orang Islam.
Pekerja yang terlibat dalam proses pengkitaran semula hendaklah terdiri daripada orang Islam.
Kertas dan buku teks Pendidikan Islam yang dikitar semula hendaklah tidak digunakan untuk membuat bahan-bahan yang tidak sesuai seperti kertas tandas dan sebagainya.
Bahan-bahan kimia yang digunakan dalam proses pengkitaran semula hendaklah tidak mengandungi bahan najis.
Itulah maklumat yang saya perolehi dari laman web Jawi yang saya tulis semula di blog ini. Semoga dengan penerangan terperinci ini memudahkan pemahaman orang ramai tentang cara cara melupuskan buku agama dan cebisan Al-Quran dengan betul.
398470_184399195002296_160598389_n

Belajar Al Quran untuk orang Dewasa Percuma

Belajar Al Quran dewasa Percuma!!!!Syukur alhamdulillah kerana akhirnya bertemu dengan tempat pengajian ini setelah melakukan pencarian dalam google. Dah lama aku mencari tempat belajar Al-Quran untuk orang dewasa ini kerana bacaan Al Quran aku sangat teruk dari segi tajwid..kerana dulu semasa belajar pakai hafal bukannya dengan memahami asas tajwid.

Sekolah Al Quran ini terletak di Jalan Yap Ah Shak di ibu negara Kuala Lumpur. Yuran pengajian yang di tawarkan adalah percuma. Ada seorang hamba Allah yang membiayai tempat dan mungkin juga tenaga pengajar Al Quran di sini.

 

 

 

untuk maklumat lanjut sila ke fb https://www.facebook.com/YSAQKL