Category Archives: Panduan

Tukar Kad Bank Secara Online je

tukar-kad-maybank

kad-atm tukar-kad-debit

Kenapa nak susah susah semata mata nak tukar kad debit lama yang dikatakan akan luput hujung tahun ni.Nak cari parking satu masalah, lepas tu dah masuk tunggu giliran pula. Nasib baik dapat juga tunggu giliran. Ini baru je melangkah masuk ke dalam bank ada pula tertera satu notis besar ;

          MAAF KAMI TELAH KEHABISAN KAD UNTUK PERTUKARAN KAD BAHARU

          SILA KE CAWANGAN LAIN.


Ada berita baik untuk untuk mereka yang ada akaun maybank2u. Sebenarnya anda boleh membuat pertukaran kad baharu secara online sahaja.Mudah dan cepat.

Continue reading

afbanner1

Mudahnya Mengembara dengan Kereta Sewa

kereta sewa klia 2

Perkhidmatan kereta sewa pandu sendiri memudahkan perjalanan pelancong yang ingin melawat negeri negeri di Malaysia.

Salah sebuah syarikat kereta sewa terkenal di Malaysia iaitu Green Matrix Enterprise Travel and Tours Sdn Bhd menawarkan perkhidmatan kereta sewa pandu sendiri di seluruh Malaysia sehingga Sabah dan Sarawak.


Kereta sewa pandu sendiri yang telah ditempah secara online boleh diambil di setiap lapangan terbang utama di negara kita. Malah terdapat kaunter kereta sewa Green Matrix di lapangan terbang KLIA 2.

 

Syarikat kereta sewa ini  mempunyai lesen pelancongan yang sah daripada SPAD (Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat) dan Kementerian Pelancongan Malaysia.


KLIK UNTUK TEMPAH KERETA SEWA ANDA SEKARANG

kwsp-patuh-shariah.jpg

KWSP benarkah Sudah Patuh Syariah?

 

kwsp-patuh-shariah

 

Bermula pada 8 Ogos 2016 yang lalu semua pendeposit KWSP yang beragama Islam boleh menukar Simpanan KWSP mereka ke simpanan KWSP yang patuh syariah.
Sebelum ini telah timbul keraguan sebilangan masyarakat Islam tentang simpanan KWSP mereka yang dikatakan syubhah, Malah ada pula yang secara  terang terangan mengatakan simpanan KWSP tersebut haram berdasarkan dalil dalil tertentu.
Mengambil kira pandangan masyarakat dan keperluan satu skim simpanan yang patuh syariah, KWSP mengorak langkah memperkenalkan skim simpanan KWSP mereka yang patuh syariah. Namun tarikh berkuatkuasa simpanan syariah yang didaftarkan pada tahun ini hanya akan  bermula pada januari 2017.
Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (18 Ogos 2015) dan Jawatankuasa Penasihat Shariah KWSP (JKPS) telah memutuskan KWSP tidak diwajibkan untuk melakukan penyucian terhadap dividen simpanan semua ahli KWSP yang bersetuju untuk bertukar ke Simpanan Shariah.
Ini bermaksud 100% duit KWSP yang ada  dalam akaun  boleh dipindahkan terus ke Simpanan Syariah. Walau bagaimanapun sekiranya masih ingin membuat penyucian” dividen, boleh mengikut garis panduan penyucian dividen yang akan dikeluarkan oleh Jawatankuasa Penasihat Shariah KWSP (JKPS) kelak.
Bagi pendeposit yang berminat untuk membuat proses penukaran ke skim KWSP patuh syariah, pendeposit  hanya perlu membawa kad pengenalan sahaja sebagai dokumen utama.
Langkah pengenalan ini satu usaha yang baik walaupun diakui masih terdapat kekurangan. Namun umat Islam perlulah menyokong usaha ini dengan turut serta menukar akaun sedia ada mereka ke skim patuh syariah ini.
pinjaman-perumahan-kerajaan

Kelayakan Pinjaman Perumahan Kakitangan Awam

rumah

Bahagian Pinjaman Perumahan Kakitangan Awam kini dikenali sebagai Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) sebagai sebuah badan berkanun.

Segala kemudahan dan faedah pinjaman perumahan kakitangan awam yang tersedia pada masa yang lalu di bawah Bahagian Pinjaman Perumahan Kakitangan Awam (BPA) masih kekal.

Ia menepis tanggapan sebahagian masyarakat dan kakitangan awam yang tersilap faham dengan viral viral yang berlegar di media sosial.

Baru baru ini aku mencari maklumat  berkaitan pinjaman perumahan kerajaan kerana ingin membeli sebuah rumah di Tanjung Karang. Beberapa maklumat yang aku ambil terus daripada laman web http://www.lppsa.gov.my/

 

Antara soalan biasa yang ditanya berkenaan pinjaman kerajaan

Jika ansuran bulanan saya melebihi 60% daripada gaji hakiki tetapi gaji bersih dicampur dengan elaun-elaun lain masih dapat menampung potongan bulanan dan jika ditolak pinjaman perumahan masih berbaki serta tempoh bersara saya masih panjang iaitu lebih kurang 20 tahun. Adakah saya layak memohon pinjaman berdasarkan kelayakan gaji semasa saya.

JAWAPAN

Kelayakan maksimum adalah berdasarkan gaji pokok/gaji hakiki.Kelulusan pinjaman akan mengambil kira baki gaji bersih berdasarkan slip gaji.

kemalangan-kereta

Pengalaman berhadapan Si Longkai

Sudah viral dalam media sosial pengalaman ramai pemilik kereta yang berhadapan dengan kumpulan penarik kereta yang dipanggil longkai.
Pemilik kereta yang berhadapan dengan kemalangan yang disebabkan oleh kenderaan lain sebenarnya mempunyai hak untuk menuntut insuran kenderaan yang dinamakan claim loss of use’. 

Namun semasa proses tuntutan ini , pemilik kenderaan perlu menghantar kenderaan mereka yang mengalami kemalangan ke bengkel yang menjadi panel insuran masing masing.Claim loss of use ini bermaksud pemilik mendapat sejumlah bayaran selama kereta mereka berada dalam bengkel berdasarkan terma terma tertentu seperti tempoh masa mendapat gantian alat ganti dan kadar masa untuk membaiki yang dinyatakan pemilik bengkel kepada penilai.

Pendapat 1

cite dari a to z pertama sekali jika exsiden dan longkai (penarik kete) dtg dan longkai akan suruh sain dokumen supaya mereka dpt dpt komisen 10% dan jgnlah kamu sesekali sain dokumen tu dan x perlu risau longkai akan gertak dan momokkan dgn cite sedih itu la ini la,,,jadi apa tindakan anda??? pertama jgn sain dokumen tu,,,
kedua ckp kat dia sy just nk towing shj,,,biasanya caj dalam 200 je
towingkan kereta anda ke balai yg sepatutnya utk ambil repot ( ikut kawasan la) lepas repot suh longkai tu anta ke bengkel panel yg buat repair haaa yg kene ade pengalaman kalau xde pun xpe just call insurance dan minta alamat panel yg bt repair exsiden lepas tu hehehe ni part yg best tibalah giliran anda pulan untuk claim 10 peratus dr tokey bengkel
caranya esk adjuster insurance akan dtg bengkel dan kira jumla kerosakan
katalah kete mahal bmw ke mercedes ke total repair rm 100000 so anda bole claim 10k dekat tokey bengkel sbb anda da bg job kat tokey bengkel sbb tu la longkai bergaduh sbb nk rebut kete sbb dan duit dr bengkel kete
dan juga bole claim lost of use maximum 3 bulan kot kalau x silap
dan juga hati hati ade bengkel kuat kencing sbb dia dpt claim dr insurance tp dia x tuka barang tu dia just repair je dan juga hati hati kalau longkai kata hanta kat bengkel saya heheheh tu longkai penipu sbb longkai xde bengkel dia just pancing je,,, ni pengalaman aku la dulu aku exsiden kete hancus total claim rm 120000 so tokey bengkel tu terpaksa la bg aku 12k komisen dan juga lost of use 3 bulan sbb ambil masa lama untum repair dan longkai hanya dpt duit towing je 180 hahahah mmg panas longkai tu heheheh sbb x berjaya nk makan aku dan juga call insurance dan suh dia emel detail barang yg sepatutnya tuka lepas tu cek satu satu lepas siap repair kalau kurang satu korang minta duit kat tokey bengkel tu kalau x korang gertak nk bt repot polis sbb dia tipu heheh dulu cina bengkel kene gertak dgn aku terus dia bayar kat aku hahahah

Pendapat 2

Mana ada claim lose of use sampai 3 bln…
Aku dlu kete kat bengkel 2 bln lebih tp claim lose of use pihak insuran lulus
hanya sminggu alasan kete spatutnya boleh disiapkan dlm tempoh tu… Jadi bawala kereta anda ke bengkel panel sahaja utk dibaiki… Jgn nnti anda kene main..saya kena btulkan statement ni.. Loss of use
boleh di tuntut sekiranya anda dilanggar oleh kenderaan lain ye. Kerana
tuntutan tersebut perlu dibuat kepada insurance kereta yang melanggar anda.Itupun jika polis sabit kesalahan itu kepada pihak satu lagi.. Mohon dibetulkan statement ini.. Dan kadar hari bergantung kpd tempoh kenderaan tu dibaiki bukan kereta masuk bengkel smpai keluar bengkel..