Category Archives: Personal

Anak Kau Cikgu Sekolah Rendah Je ?

“Oh yus mengajar sekolah rendah!.  Hmm,  si Lina  mengajar sekolah menengah”Itulah dialog makcik sebelah rumah  dengan mak aku  2 tahun yang lepas. Seolah olah nak mengecilkan aku. Kononnya anak dia lagi terer dan hebat. Aku tak kisah pun sebenarnya hal ni, tapi apabila mak aku pun tak faham aku terpaksa menerangkanlah.

Aku kesian kat anak dia tu. Mak dia je yang lebih lebih. Mak dia tu ingat cikgu sekolah rendah ni low sangat ke?.

Tolonglah manusia manusia di luar sana. Tolong jangan memperkecilkan sesiapa. Hatta kepada makcik cleaner sekalipun. Setiap kita ni ada rezeki masing masing.

Di sisi Allah hanya orang yang beramal dan beriman kepadanya. Satu lagi, ada orang suka memperlekehkan orang yang tak belajar tinggi.Kadang kadang ada yang lagi hebat dari mereka yang ada ijazah dan master tu cuma mereka ni dulu malas nak ke sekolah atau pun daripada keluarga yang susah.