Category Archives: Resepi Masak Masak

kuih-jawa

Kuih Cucur Jawa Mak Mertua

Cucur Jawa pernah dengar tak?. Saya baru tahu ada kuih 

yang macam ini. Satu pagi tu saya ternampak mak mertua 

masak di dapur. Bila dirasa ada sedikit persamaan dengan 

kuih peneram. 

Ibu saya beritahu nak buat kuih ini agak leceh.Adunan perlu dibancuh terlebih dahulu dan disimpan dalam beberapa jam sebelum digoreng. 

Teknik menggoreng kuih ini juga perlu betul dan hanya menggunakan kuali kecil yang cukup cukup muat untuk sebiji kuih cucur jawa ini. Saya mencuba juga untuk membuatnya tetapi tidak berapa menjadi. 

Rendang Daging Mudah dan Sedap

Saban tahun menjelang hari raya,  rendang daging adalah antara masakan yang wajib dalam keluarga kami.Resepi masakan rendang daging mudah sahaja. 



Rendang Daging Mudah dan Sedap

Bahan bahan

1 kilogram daging dihiris nipis 
20 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
3 cm halia
3 cm lengkuas
5 batang serai
3cm Kunyit hidup 
(Bahan bahan diatas dikisar terlebih dahulu)

Kerisik (2 peket kecil)
Pati Santan kelapa (250 gram)
3 helai daun kunyit
Garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak 

1. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dan keluar bau. Masukkan 250 ml air. 
2. Masukkan daging dan gaul 
3. Masukkan santan sehingga daging empuk
4. Masukkan kerisik 
5. Masukkan gula dan garam dan daun kunyit yang telah dihiris nipis
5. Masak sehingga rendang kering atau mengikut kesukaan masing masing.
6. Angkat bila rendang sudah pekat atau kering. 

photo_2015-07-14_19-15-10

Resepi Udang Sambal Petai

sambal udang petai
Sambal Udang Petai 

Udang sambal petai sememangnya menjadi menu kegemaran saya dan isteri. 

Dengan rasa manis pedas dan rasa petai memang sangat menyelerakan.Kami menikmati sambal udang petai ini sewaktu berbuka puasa. 

Resepi Udang Sambal Petai

Bahan Bahan Masakan

Udang 1/2 kilogram
Petai 2 Papan
Cabai Kering 20 helai (diblend)
Bawang Merah kecil 5 biji (diblend)
Bawang Putih 5 Ulas (diblend)
Belacan  sepotong kecil (diblend)
Bawang Besar  sebiji (dihiris)
Gula dan garam
Minyak 4 sudu besar

Langkah Langkah Memasak 

1. Tumis hirisan bawang besar masak hingga layu
2. Masukkan cili kering dan bahan bahan  yang telah diblend
3. Masak cili kering bersama gula putih 1 sudu kecil hingga pecah minyak.
4. Masukkan udang
5. Masukkan petai dan perasa masakan
6. Angkat hidangan setelah masak.

Apa yang penting sewaktu memasak masakan berasaskan sambal ialah cili yang kita tumis hendaklah ditumis hingga betul betul masak. Kalau cara saya, saya memasak sambal agak lama dengan api yang sederhana. 
Baru baru ini saya memasak sambal agak banyak juga untuk dibuat paste sambal. Ini memudahkan kerja memasak masakan berasaskan cili termasuk memasak mee ,mihun dan lain lain lagi.