Category Archives: Umum

Kemudahan Disedia, Selenggara Tak Ada Masa

Sudah lama aku ingin menyentuh perkara ini. Selepas terlihat beberapa gambar dalam page komuniti FB tentang keadaan beberapa kemudahan di tempat terbabit maka aku rasa tertarik untuk menulis sedikit isu ini.

Untuk bersikap adil pertamanya aku tidak mahu terus menunding jari kepada pihak terbabit. Kemungkinan ia berpunca daripada peruntukan yang tidak mencukupi.

Pihak majlis mungkin hanya mendapat peruntukan untuk membina dan menyediakan kemudahan di tempat rekreasi namun hanya mempunyai sedikit peruntukan untuk kos baik pulih, penggantian dan penyelenggaraan.

Sepatutnya kos penyelengaraan, pembaikan dan penggantian adalah satu kos wajib yang perlu disediakan oleh pihak yang menyediakan kemudahan awam.

Kos penyelengaraan juga harus mempunyai peruntukan yang besar kerana kos tersebut berpotensi meningkat setiap tahun. Banyak bukti menunjukkan pihak berkuasa tempatan seolah olah seperti tidak mempunyai peruntukan untuk membaiki dan menyelenggara kemudahan awam yang rosak.

Daripada pengalaman aku sendiri yang pernah melihat buaian yang putus tidak diganti, papan jongkang jongket patah tidak dibaiki.

Pernah aku ke satu Taman Rekreasi di Cheras terlihat sebuah papan luncur yang telah patah di hujung dan berbahaya kepada kanak kanak. Malangnya, tiada satu pun papan larangan atau tali larangan yang melarang kanak kanak menggunakannya.

Ini menunjukkan seolah olah TIADA PEKERJA atau PEGAWAI YANG bertugas MEMANTAU keadaan setiap kemudahan yang mereka sediakan di tempat rekreasi.

Sebagai ahli masyarakat bertanggungjawab aku tidak hanya mengkritik aku juga turut ingin memberi cadangan.

CADANGAN

Pihak berkaitan selain memantau kemudahan perlu juga memasang papan tanda maklumat untuk memudahkan masyarakat menghubungi mereka sekiranya berlaku kerosakan pada kemudahan awam yang  disediakan.

Sebagai orang awam yang menggunakan kemudahan ini pula sebenarnya kita boleh berperanan menghubungi pihak berkaitan sekiranya kita menyaksikan sendiri kerosakan tersebut.

Ada telefon pintar kan?, google sahaja website pihak majlis kemudian maklumkan kerosakan tersebut.

Pemantauan kerap oleh pegawai pada setiap kemudahan yang disediakan juga adalah sangat mustahak.

Pantaulah tandas di tempat rekreasi mungkin ada pam tarik yang melimpah dan menitik airnya.

Jenguk jenguklah juga papan luncur mungkin di situ ada besi pemegang yang longgar.

Pandang pandanglah kemudahan bangku taman mungkin ada yang menunggu masa untuk patah.

Periksa sahajalah semua kemudahan yang ada di tempat tersebut secara berkala mungkin ada yang memerlukan penyelenggaran segera.

gambar dari: FB Tanjung Karang Ku

kelas-kartun

GURU RUMAH SUKAN SEKOLAH

kelas-kartun

Bangun..asalamualaikum cikgu! nyaring suara ketua Kelas 5 Cergas memberi salam lalu diikuti suara murid 5 Cergas yang lain…

Cikgu Nizam berdiri tegak memandang murid 5 Cergas, diletakkannya bungkusan berisi kertas jawapan murid di atas meja.

“Baik duduk semua ..hari ni cikgu nak pulangkan kertas jawapan peperiksaan Kajian Tempatan, secara keseluruhannya jawapan awak semua baik tetapi banyak kesilapan di soalan bahagian B”..tegas Cikgu Nizam.

Cikgu Nizam menjeling ke arah Fikri Danisy

‘Fikri Danisy..cikgu nak tanya awak …dalam banyak banyak jawapan murid di bahagian B, jawapan awak yang pelik sekali..cikgu tak pernah ajar pun jawab macam tu.

Fikri diam sambil tersengih sengih..

Soalan no 1,
Apakah tugas Bendahara,Temenggung,Laksamana dan Penghulu Bendahari?.. kenapa awak tulis nama cikgu cikgu sekolah ni?

tugas Bendahara awak tulis nama Cikgu Shafie,Ustazah Zaiton,
tugas Laksamana awak tulis nama Teacher Nadia ,Ustaz Halim?

kenapa Fikri?…tanya Cikgu Nizam dengan nada kecewa..

“Yalah Cikgu, Cikgu Shafie ,Ustazah Zaiton kan cikgu Rumah Bendahara,Teacher Nadia tu kan Cikgu Rumah Laksamana?
Fikri menjawab yakin…

“Habis tu sekolah kita ada Rumah Penghulu Bendahari ke?…yang awak tulis nama saya cikgu Rumah Penghulu Bendahari tu kenapa Fikri?..

Fikri diam. Cikgu Nizam Alias menggelengkan kepala.

NOTA:
RUMAH SUKAN DI SEKOLAH CIKGU NIZAM ALIAS
BENDAHARA-RUMAH HIJAU
LAKSAMANA -RUMAH MERAH
SYAHBANDAR- RUMAH KUNING
TEMENGGUNG -RUMAH BIRU

Wang tunai RM114 Juta di Bilik Pengarah Jabatan Air Sabah

Terkejut apabila terbaca berita ini. Apalagi melihat jumlah duit yang dirampas di pejabat dan rumah seorang pengarah dan Timbalan Pengarah sebuah agensi kerajaan negeri.Kedua duanya dikatakan adik beradik.

rasuah-pengarah-sabah

Nilai duit rampasan berjumlah lebih RM114 juta termasuk duit yang dimasukkan ke dalam akaun beberapa ahli keluarga lain.

Rampasan ini adalah yang terbesar dalam sejarah SPRM dan dikatakan ada kaitan dengan satu projek infrastruktur yang bernilai lebih RM3.3 billion.

Selain suspek  seorang ahli perniagaan bergelar datuk turut ditahan berkaitan kes ini yang mempunyai hubungan rapat.

Diharap dengan penangkapan ini dapat mengurangkan rasuah dan salahguna kuasa di kalangan penjawat awam.

Bercuti ke Seluruh Malaysia dengan Kereta Sewa lebih mudah?

Melancong memerlukan kenderaan untuk bergerak. Ramai yang lebih suka menggunakan kenderaan sendiri kerana ia lebih mudah, untuk bergerak  dari satu destinasi ke satu destinasi.

Namun ada beberapa kekangan menggunakan kenderaan sendiri. Kekangan utama ialah dari segi kepenatan, keadaan kereta sendiri yang tidak berada dalam keadaan yang kondusif atau berisiko untuk rosak di tengah jalan.

Begitu juga sekiranya melancong ke tempat yang kita tidak boleh atau sukar untuk menggunakan kenderaan sendiri. Contohnya jika kita melancong dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak dan sebaliknya. Ketika itulah kita memerlukan kenderaan awam atau kereta sewa.

Syarikat Kereta Sewa terkenal di Malaysia Green Matrix Enterprise Travel and Tours menawarkan perkhidmatan kereta sewa pandu sendiri di seluruh Malaysia sehingga Sabah dan Sarawak.

Perkhidmatan kereta sewa pandu sendiri ini amat memudahkan perjalanan pelancong yang ingin melawat negeri negeri di Malaysia.

Sekiranya ingin ke Sabah dan Sarawak  kereta sewa pandu sendiri boleh diambil terus di lapangan terbang Kota Kinabalu di Sabah,Miri,Bintulu dan Kuching di Sarawak.

Sebaliknya jika pelancong luar negeri dan Sabah Sarawak ingin ke semenanjung kereta sewa pandu sendiri akan dihantar terus ke airport KLIA dan KLIA 2.

Kelebihan syarikat kereta sewa ini ialah anda dilindungi insuran sebagai pemandu kereta sewa.

Syarikat kereta sewa ini juga adalah syarikat yang mempunyai lesen pelancongan yang sah daripada SPAD (Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat) dan Kementerian Pelancongan Malaysia.

Tempah Kereta sewa KLIA, Kereta Sewa Sarawak Sekarang KLIK

FB_IMG_1469616843626

Pelari Terpantas di Malaysia Milik Khairul Hafiz Jantan

Khairul Hafiz Jantan
Sumber Gambar: Fb Rasmi Sukma 2016
Rekod kebangsaan
milik Watson Nyambek yang dicatit 18 tahun yang lalu di Bukit Jalil akhirnya
lebur. Atlet muda kelahiran Melaka, Khairul Hafiz Jantan berjaya mencatat rekod
baharu kebangsaan dengan masa 10.18s dalam acara 100 meter akhir Sukma hari ini. 
Selain catatan masa
terpantas di peringkat kebangsaan catatan ini juga adalah kedua terpantas di
rantau ASEAN.
Namun aku harap , kejadian yang berlaku kepada Badrul Hisham tahun lepas tidak berulang kepada Khairul Hafiz gara gara kelalaian penganjur. Gara gara kelalaian penganjur di Brunei rekod 100Meter yang dileburkan beliau akhirnya tidak diiktiraf